CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49699|Reply: 2

[Tempatan] Mengenang Kemerdekaan Dengan Belanja Ubi Kayu Seminggu

[Copy link]
Post time 31-8-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Terengganu: Menyajikan makanan berasaskan ubi kayu secara percuma bagi mengenang perjuangan masyarakat sebelum merdeka, antara cara seorang pemilik kedai makan di sini menzahirkan kecintaannya kepada negara sempena Hari Kebangsaan ke-67 yang disambut hari ini.

Mahathir Md Daud, 46, berkata hidangan puli ubi kayu, ubi kayu parut (ubi tonyoh) dan ubi kayu rebus diberikan secara percuma selama seminggu bermula kelmarin kepada pelanggan Kedai Makan Abeking Dapur Arang miliknya yang terletak di Kampung Wakaf Mempelam di sini.

Beliau berkata menu berasaskan ubi kayu itu dipilih bagi mengenang kesusahan hidup rakyat Tanah Melayu sebelum kemerdekaan yang menjadikan ibu kayu sebagai makanan ruji kerana tidak dapat keluar mencari makanan lain disebabkan darurat.

"Selain mengibarkan Jalur Gemilang di kedai makan seperti yang biasa dibuat, saya memilih menyajikan makanan sebagai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara.



"Makanan juga begitu dekat di hati saya memandangkan saya telah berkecimpung dalam bidang sajian makanan sebagai cef di hotel dan di kapal persiaran bermula 1997 hingga 2007 lagi," katanya ketika ditemui di kedai makannya.

Jelasnya, inisiatif itu juga bertepatan dengan konsep makanan tradisional yang diketengahkan di kedai makannya yang menawarkan pelbagai menu seperti pulut gaul nyor (kelapa), nasi ulam dan ikan panggang.

Mahathir berkata menu berasaskan ubi kayu itu mula dijual di kedai makannya pada harga antara RM5 dan RM6 sepinggan sejak tahun lalu dengan resipinya diolah mengikut cita rasa penduduk di pantai timur dan ia menerima reaksi yang positif daripada pelanggan.

Beliau yang pernah menjadi wartawan sambilan dari 2010 hingga 2015, menggunakan antara 40 kilogram (kg) hingga 50kg ubi kayu setiap hari untuk disajikan secara percuma kepada pelanggan sepanjang seminggu ini.



"Kita akan beri makanan ubi kayu secara percuma bermula 8 malam hingga 12 tengah malam. Kedai pula dibuka setiap hari kecuali Isnin. Kuantiti makanan yang diberikan bergantung kepada jumlah pelanggan.

"Kalau pelanggan datang dalam 12 orang kita akan beri ketiga-tiga menu tersebut, tetapi kalau sekitar dua orang kita akan tanya menu ubi kayu yang mana mereka inginkan. "Semalam (kelmarin), ketika menyajikan ubi kayu kepada pelanggan termasuk golongan muda mereka sangat gembira merasai makanan itu," katanya.

Dia yang mengusahakan kedai makan itu sejak 2015 bersama isteri, Sulizawati Sulong, 40, berhasrat untuk memberi percuma menu klasik berasaskan bahan makanan lain pula pada Hari Kebangsaan tahun hadapan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je makan pagi ni.  Yumm..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya iols mmg suka ubi kayu aka casava ni.  Tapi mak iols kata masa zaman jepun derang dpt ration dr british la juga sardin (so sampai rini dia tak makan sardin sbb dia kata muak.. Eleh diva je tu) beras etc but still tanam ubi kayu sayur juga. Time tu la resipi baru dicipta oleh mak2 bg meriahkan time makan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064955 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list