CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10314|Reply: 16

[Dunia] Meletakkan Ganja Dalam Kereta Isteri Untuk Aniaya

[Copy link]
Post time 1-9-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Singapura: Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara hampir empat tahun selepas cuba mengenakan isterinya dengan meletakkan ganja di dalam kereta wanita itu kerana mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan pasangannya itu dihukum mati.

Tan Xianglong, 37, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun 10 bulan oleh mahkamah daerah pada Khamis lalu, menurut dokumen mahkamah.

Pasangan itu berpisah kurang daripada dua tahun selepas memohon cerai tetapi gagal mendapatkan perceraian itu serta-merta kerana tempoh perkahwinan mereka yang singkat, kata dokumen itu.

Tan memarahi isterinya kerana beranggapan isterinya tidak memberikan sumbangan kewangan yang mencukupi untuk perkahwinan itu.

Dia berunding dengan peguam dan "muncul dengan idea perceraian boleh berlaku jika salah satu pihak mempunyai rekod jenayah", kata dokumen itu.

Lelaki itu pada mulanya mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengumpul bukti isterinya melakukan hubungan dengan lelaki lain, tetapi tiada bukti mengenainya ditemukan.

Ia mendorong Tan membuat rancangan untuk mengenakan isterinya dengan meletakkan ganja di dalam kereta wanita.

Dia menyifatkannya kepada teman wanitanya sebagai rancangan yang sempurna.

Tan membeli dadah itu di pasaran gelap dan menimbangnya di rumah, mendapati ia seberat 510 gram (g) - melebihi nilai ambang 500 g untuk hukuman mati di Singapura.

"Daripada penyelidikannya dalam talian, dia tahu pihak terbabit (isterinya) akan berdepan hukuman mati, jika disabit kesalahan mengedar lebih 500 g ganja," kata dokumen mahkamah.

Menurut dokumen sama, Tan memutuskan untuk meneruskan rancangannya kerana sangat marah dengan isterinya.

Bagaimanapun, analisis makmal terhadap dadah itu menunjukkan ia hanya mengandungi 216.17 g ganja tulen.

Isteri Tan ditahan selepas polis menemukan dadah di dalam keretanya, tetapi mereka tidak menemukan bukti lain yang menunjukkan wanita terbabit bersalah.

Polis kemudian menyiasat Tan, yang kemudiannya membawa kepada penahanan lelaki itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial hidup klu dpt jantan busuk hati mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 11:35 AM | Show all posts
Senjata mkn tuan..mendapatlah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam la polis bodoh sangat kan.

Perfect crime konon. Ambik kau backfired perfectly. Kesian wife dan current gf pernah kulum kote jantan bodoh sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi...hahahaha
Sundiri terkena
Lawak betul cite
Kau ingat kau dalam cite korea kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aje gampan* perangai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang simpati pada isterinya yg tersalah kawin ngan setan camni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual ganja ada lesen, jual candu ada lesen tapi jual belacan tak ada lesen, saya smuggle dari Malaya  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ganja, ganja, ganja, candu, candu, candu, beli ganja tuan

belacan apa kau beli ni marjina, bau hapak lah, itu belacan pulau pinang puan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya, 4 tahun sangat singkat sebab niat membunuh. Kalau bini dijatuhkan hukuman dadah tentu hukuman lebih panjang. Nasib polis dapat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ko, jahat sangat la hati tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dpt la cerai cepat sbb dia sendiri dah ada rekod jenayah.
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganja sekarang dah ada unsur scammer.
Penagih pun dah tak selamat..asyik kena scam je.
50% dah campur dgn taik lembu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2024 11:45 AM
Macam la polis bodoh sangat kan.

Perfect crime konon. Ambik kau backfired perfectly.  Kesian  ...

Kulom kote satu kesalahan dalam Undang Undang Singapore tak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketakutan terbesar org pompuan ialah TERsalah pilih suami
So takyah la kecam andartu single..bleh jadi laki kamu tu yg akan tamatkan riwayat nyawa hidup kamu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 1-9-2024 05:40 AM
Kulom kote satu kesalahan dalam Undang Undang Singapore tak.

Tak pasti. Ho.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergelak aku baca tt punya title.. tt baru convert bangsa melayu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049990 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list