CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16783|Reply: 0

[Sarawak] Kajian mengenal pasti 4.7 peratus kanak-kanak kesukaran berfungsi

[Copy link]
Post time 2-9-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Chiew (lima kiri) bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur acara.

MIRI: Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mengenal pasti sebanyak 4.7 peratus kanak-kanak berumur dua tahun hingga 17 tahun mengalami kesukaran berfungsi dalam sekurang-kurangnya satu domain termasuk pendengaran, penglihatan, komunikasi/pemahaman, pembelajaran, mobiliti dan emosi.

Manakala dalam tinjauan NHMS 2023 pula, mengenal pasti satu daripada lima orang dewasa hidup dengan kesukaran berfungsi. Beban kesihatan mental kanak-kanak menerusi kedua-dua tinjauan itu meningkat dua kali ganda.

Perkara itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empower Special Needs Connection (Empower SNC) Miri iaitu kolektif sukarela profesional penjagaan kesihatan dan penyedia perkhidmatan lain di Miri bermula pada 2018, khusus memperkasa individu dengan keperluan khas dan keluarga mereka.

Dalam kenyataanya semasa acara Hari Keceriaan Komuniti Bekerperluan Khas 2024 pada 31 Ogos lalu, NGO terebut melahirkan rasa dukacita penyertaan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam tenaga kerja kekal di bawah penanda aras satu peratus.

"Ini menyerlahkan jurang utama dalam perkhidmatan bagi OKU di seluruh negara di mana kebolehaksesan, peruntukan dan penggunaan perkhidmatan kekal sebagai cabaran.

"Sehingga 31 Januari 2023, seramai 16,592 individu didaftarkan untuk masalah pembelajaran dan seramai 4,904 adalah berdaftar untuk hilang upaya mental di Sarawak," jelas Empower SNC Miri.

Sebanyak 13 sekolah rendah kerajaan dan empat sekolah menengah kerajaan menyediakan pendidikan berkeperluan khas inklusif bersama enam Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Miri.

Selain itu, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penjagaan sosial kerajaan, NGO dan ruang swasta menyediakan hubungan penting dalam membantu golongan muda dengan kurang upaya mencapai potensi mereka.

Dalam pada itu, Empower SNC Miri dengan kerjasama Malaysian CARE, Rangkaian Komuniti Ibu Bapa, Rainbow Star Playhouse, Flourish Life dan Persatuan Kesihatan Mental Miri (MHA) menganjurkan acara komuniti ini untuk dibawa menghimpun masyarakat berkeperluan khas dan keluarga mereka di sini.

"Kami disatukan oleh visi dikongsi kumpulan itu menganjurkan acara difokuskan kesedaran, pengenalan gejala awal, akses kepada perkhidmatan dan latihan untuk penjagaan dan pendidikan.

"Melalui inisiatif seperti Hari Keceriaan Komuiti dan kumpulan sokongan ibu bapa, Empower SNC Miri berusaha meningkatkan hubungan komuniti dan membina komuniti lebih inklusif dan saling menyokong," jelas kenyataan itu.

Melalui jamuan makanan, permainan dan acara dianjurkan, pencapaian komuniti pelbagai ini termasuk produk dan bakat bersama dengan pameran oleh penyedia perkhidmatan, Empower SNC Miri berhasrat merapatkan jurang di Miri.

Seramai 150 orang (dewasa dan kanak-kanak) menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Piasau Boat Club (PBC) di sini.

"Adalah penting untuk ambil perhatian ibu bapa dan penjaga golongan muda berkeperluan khas adalah penting dalam mereka bentuk dan menyatukan acara bersama penyedia perkhidmatan ini.

"Ini menjajarkan dengan etos kami, ‘Tiada apa-apa tentang kita, tanpa kita’," kata kenyataan Empower SNC Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.632851 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list