CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34358|Reply: 1

[Jenayah] Lelaki OKU perlu bela diri atas tuduhan bunuh, bakar empat sekeluarga

[Copy link]
Post time 2-9-2024 09:18 PM | Show all posts |Read mode
KES

Lelaki OKU perlu bela diri atas tuduhan bunuh, bakar empat sekeluarga

September 2, 2024 @ 6:57pm



Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 2017.

Sehubungan itu, Kang Chang Heng, 45, diarahkan membela diri atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi.
-ADVERTISEMENT-



Ads by

Beliau juga diarah membela diri terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang juga cucu kepada pasangan yang maut dalam kes berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong turut membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan Chang Heng daripada pertuduhan itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu, Che Mohd Ruzima berkata, pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Chang Heng dan lelaki itu perlu membela diri untuk menjelaskan bagaimana beliau mendapat kecederaan melecur dalam kejadian itu.


Beliau berkata, keterangan diperoleh daripada kanak-kanak yang menjadi saksi, dan beberapa bukti sokongan menunjukkan rayuan pendakwaan mempunyai merit.

Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tersilap dalam membuat keputusan dengan menolak sepenuhnya keterangan saksi itu dan berpendapat keterangan saksi tidak boleh dinafikan hanya kerana dia di bawah umur.

Beliau seterusnya mengarahkan Chang Heng direman sehingga perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai dan menetapkan 11 September sebagai tarikh pengurusan kes.

Seorang jurubahasa isyarat turut hadir di mahkamah hari ini ketika prosiding berlangsung.

Pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebas dan melepaskan Chang Heng daripada semua tuduhan tanpa perlu membela diri.

Mengikut pertuduhan, Chang Heng dituduh membunuh Chia Tee Nang, 73; isterinya, Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Chia Yuan Bin, 3; dan Ryan Chia Zeng Xi, 9; disebuah rumah di Tanjung Sepat, di Kuala Langat, Selangor antara jam 4 hingga 5 pagi pada 13 Disember 2017.

Chang Heng turut dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Andrew Chia Zeng Haol yang berusia 11 tahun, yang terselamat daripada kebakaran dicetuskan Chang Heng pada masa dan tempat sama.

Chang Heng yang bekerja kilang perabot ditahan pada 15 Disember 2017, dipercayai teman lelaki kepada anak perempuan bongsu pasangan suami isteri yang terkorban, yang juga OKU pendengaran dan pertuturan.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam Lim Chin Huat mewakili Chang Heng.– BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... ar-empat-sekeluarga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes yg mana ni ek? Mcm x penah baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043697 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list