CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30954|Reply: 0

[Johor] Pencemaran bau: Sekolah diarah tangguh aktiviti luar

[Copy link]
Post time 5-9-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode


Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Mohd Rashdan Topa (kanan) bersama pegawai yang bertugas melihat keadaan terkini Sungai Pandan susulan pencemaran bau kimia yang dilaporkan berlaku di kawasan Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan hari ini. FOTO BERNAMA

Pasir Gudang: Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang mengarahkan semua sekolah di bandar ini  menangguhkan aktiviti luar sebagai langkah berjaga-jaga susulan bacaan gas ammonia tinggi di sekitar Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru semalam.

Pengetua dan guru besar turut dinasihatkan untuk memantau dengan teliti keadaan kesihatan pelajar dan guru masing-masing.


Dalam notis yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah semalam, mengarahkan semua aktiviti luar digantung sehingga diberitahu kelak.

Sekolah juga digesa mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah sebelum meneruskan aktiviti luar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, notis yang dikeluarkan itu sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil untuk meningkatkan kewaspadaan.

Menurut Aznan, ibu bapa dan penjaga juga digesa memantau anak mereka dengan teliti serta segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami pening, loya, muntah atau gejala luar biasa lain.

"Notis itu juga bagi meredakan kebimbangan penduduk yang khuatir kemungkinan berulangnya pencemaran kimia Sungai Kim Kim 2019," katanya.


Pejabat Pendidikan daerah juga menggalakkan sekolah untuk segera melaporkan ke bilik gerakan bencana 24 jam jika terdapat sebarang bau biasa dikesan.

Pasir Gudang ini terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Sungai Pandan di mana bau kimia yang kuat dikesan.

Ia pertama kali dilaporkan di tiga taman perumahan di Johor Bahru  iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan tahap gas ammonia yang luar biasa tinggi di Sungai Pandan dan kawasan sekitar Kampung Melayu Pandan pada jam 4 petang semalam.

Bagaimanapun, bacaan kualiti udara kembali normal menjelang 1 pagi hari ini.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list