Keadaan sebuah kereta yang remuk pada bahagian kanan dihempap penghadang konkrit yang runtuh dari Lebuhraya DUKE akibat dirempuh lori terbabas. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tembok konkrit penghadang jalan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Sentul, di sini runtuh dirempuh lori terbabas, sebelum menghempap kereta di bawah lebuh raya terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang selepas sebuah lori yang menggunakan DUKE dikatakan terbabas merempuh tembok penghadang jalan, menyebabkannya runtuh.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.
Sementara beberapa foto yang dikongsi netizen menunjukkan blok konkrit yang runtuh daripada lebuh raya menghempap sebuah Perodua Kenari yang sedang diparkir di ruang bawah laluan itu.
Kejadian itu menyebabkan bahagian kanan kereta terbabit remuk, dengan beberapa petugas juga dilihat sedang membersihkan runtuhan di lokasi.
Penghadang Lebuh Raya Duke jatuh dirempuh lori, sebuah kereta alami kerosakan
Oleh AZMI NORDIN
6 September 2024, 5:43 pm
Sebuah kereta mengalami kerosakan terkena serpihan penghadang Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh penghadang jalan di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, maklumat kemalangan jalan raya itu diterima pada pukul 2.03 petang tadi.
“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul ada menerima maklumat berkaitan sebuah lori melanggar tembok penghadang jalan di atas Lebuh Raya Duke.
“Kemalangan itu mengakibatkan penghadang jalan jatuh sebelum terkena sebuah kereta yang diletakkan di bawah lebuh raya tersebut,” katanya ringkas hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan itu.
“Kejadian adalah kemalangan jalan raya dan boleh dirujuk dengan pihak Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
Post time 6-9-2024 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru guna duke isnin br ni nk masuk mrr2.
Tp meols kuar awal pg gelap lg lar.
Igt sesudah subuh leh bwk rilek².. memasing mndesup aje mentang² jln lengang lg.
Btw.. Sukor ler xde kemalangan jiwa.