CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8766|Reply: 0

[Sabah] Hari Malaysia adalah hari penting untuk rakyat

[Copy link]
Post time 17-9-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode


LEE

KOTA KINABALU: Hari Malaysia adalah hari rakyat negara ini meraikan penubuhan sebuah negara majmuk yang menggabungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi membentuk sebuah Negara Persekutuan yang berdaulat serta pelbagai kaum.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini adalah hari yang diraikan oleh setiap warganegara Malaysia yang menunjukkan taat setia kepada negara ini.

"Buat mereka yang menyayangi negara ini dengan menabur segala keprihatinan mereka buat negara majmuk ini adalah satu bentuk manifestasi rasa patriotik kepada Malaysia.

"Kita berhadapan pelbagai cabaran dalam menterjemahkan semangat perpaduan negara kita. Tetapi hingga ke hari ini, kita masih mengekalkan rasa bersatu padu kita dari pelosok negara untuk terus menerus berdiri sebagai entiti yang kita banggakan iaitu rakyat Malaysia.

"Secara jujurnya, Hari Malaysia perlu diraikan dengan lebih semangat patriotik sebagaimana kita merayakan hari kemerdekaan," katanya dalam Perutusan Hari Malaysia, hari ini.

Lee berkata, sambutan cuti umum dan sambutan hari Malaysia perlu diadakan di seluruh negara dengan pelbagai program yang mengajak semua rakyat untuk keluar dan meraikan kepelbagaian dalam kehidupan rakyat negara yang majmuk ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang berlainan etnik mesti sentiasa sedar akan keperluan untuk saling menghormati antara satu sama lain. Mereka hendaklah sentiasa berwaspada dan peka terhadap sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum.

"Saya mengharapkan sebuah Malaysia di mana konsep keadilan kepada semua adalah nyata, di mana tiada kumpulan yang dipinggirkan dan di mana sokongan dan peluang disediakan berdasarkan keperluan dan merit.

"Ini juga merupakan hasrat saya untuk Malaysia di mana kita menerima kepelbagaian etnik, agama dan kepercayaan kita, dengan menjadi inklusif, membina rasa hormat, penerimaan bersama menjadi asas kepercayaan serta  perpaduan yang kukuh.

"Dengan berbuat demikian, orang ramai akan sentiasa berbangga untuk mengenal pasti diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan kurang mengikut kaum, agama, geografi atau latar belakang sosio-ekonomi," katanya.

Justeru katanya, hari bersejarah seperti ini seharusnya mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Katanya, terdapat jalan yang panjang di hadapan negara dan adalah penting bagi semua masyarakat untuk memastikan Malaysia yang berbilang kaum terus menjadi sebuah negara yang mempunyai persekitaran yang kondusif dan menggalakkan untuk rakyat Malaysia bersatu padu serta mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035987 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list