CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31273|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah

[Copy link]
Post time 19-9-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode


Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini. - Gambar fail/BERNAMA

PORT DICKSON: Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.

Kehadiran pengunjung yang meningkat bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi menjadi lubuk rezeki kepada peniaga hasil pelbagai jualan seperti makanan, cenderamata, dan produk seni kraf yang memanfaatkan komuniti tempatan.

Tinjauan Bernama di pantai Teluk Kemang dan pantai Saujana Batu 4 mendapati, sekitar kawasan pantai itu dipenuhi pengunjung untuk beriadah sambil bermandi-manda bersama keluarga.

Rosnah Baba, 51, bertolak dari Johor Bahru seawal pukul 10 pagi bagi mengelak daripada kesesakan trafik untuk berkelah dan menikmai keindahan pantai di sini bersama keluarganya.

"Hari ini kami datang awal sebab nak berkelah dan mandi laut. Kami ada buat tempahan hotel di sini, nak jalan-jalan dulu, esok petang baru kami balik," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Beliau berkata, percutian kali ini meriah kerana semua anak dan cucunya yang belajar di universiti termasuk yang tinggal di asrama dapat berkumpul bersama-sama di sini.

Dalam pada itu Ashman Ramli, 45, berkata, beliau sekeluarga turut berkesempatan melawat Muzium Tentera Darat di sini, kira-kira lapan kilometer dari bandar Port Dickson yang mempamerkan sejarah ketenteraan negara dan koleksi peralatan ketenteraan dari zaman kolonial hingga sekarang.

Sementara itu, pengusaha bot dan permainan air, Asri Mohd Musa, 23, berkata, kehadiran pengunjung ke pantai kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan cuti hujung minggu sekali gus menambah pendapatannya mencecah RM1,000 sehari berbanding sekitar RM700 sehari.
Ramai pengunjung luar mahu mencuba menaiki bot pisang dan beberapa permainan air yang disediakan, kata beliau.

"Ia bergantung juga dengan hari gaji, kalau hujung bulan ramai pengunjung datang main, kalau tengah bulan macam sekarang ini, kuranglah sikit permintaan permainan sukan air, orang ramai datang mandi laut sahaja," katanya yang menjalankan perniagaan itu lebih lima tahun.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, berlaku peningkatan yang ketara sejak cuti panjang empat hari lepas dan tempahan hotel berdaftar di bawah seliaannya di daerah ini mencatatkan peningkatan 90 peratus tidak termasuk rumah inap.

MAH negeri mempunyai 38 hotel melibatkan 5,000 bilik habis ditempah pada cuti hujung minggu lepas dan dijangka terus meningkat pada cuti sekolah ini, menurut beliau.

"Memang berlaku peningkatan pelancong datang ke sini, kita boleh lihat pada hujung minggu jalan mulai sesak, pantai juga dipenuhi pengunjung untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar menasihatkan pengunjung agar berhati-hati ketika beriadah dan mematuhi peraturan ditetapkan selain tidak mandi di kawasan berbahaya, demi keselamatan diri dan keluarga.

"Para ibu bapa juga diingatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak, jika melakukan aktiviti air seperti bot pisang atau ski jet, diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) atau jaket keselamatan. Pastikan aktiviti mandi-manda di tempat dibenarkan sahaja," katanya. - BERNAMA

sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.653740 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list