CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25600|Reply: 0

[Sarawak] Kadar pesakit jantung di Sarawak meningkat

[Copy link]
Post time 21-9-2024 01:22 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kadar peningkatan pesakit jantung di Sarawak semakin membimbangkan setelah menunjukkan kadar peningkatan setiap tahun.



MARI… Sim (tengah) bersama para pihak penganjur menunjukkan poster Hari Jantung Sedunia 2024
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, tahun lalu Pusat Jantung Sarawak merekodkan lebih 6,000 pesakit mengalami masalah jantung.

“Pusat Jantung kita mengalami kesibukan. Tahun lalu mengikut rekod kira-kira 6,000 kes, ini tidak termasuk mereka yang tidak membuat pemeriksaan di Pusat Jantung.

“Dalam angka tersebut, 2,000 kes adalah saluran jantung tersumbat,” katanya dalam sidang media sambutan Hari Jantung Sedunia 2024 Sarawak di Wisma Bapa, di sini, hari ini.

Beliau menggesa masyarakat agar lebih peka terhadap kesihatan kendiri dengan melakukan saringan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menyertai program atau aktiviti anjuran Yayasan Jantung Sarawak dan juga Pusat Jantung Sarawak.

Dalam perkembangan sama, Yayasan Jantung Sarawak buat julung kalinya bakal mengadakan sambutan Hari Jantung Sedunia 2024 di Taman Perpaduan, Reservoir Park pada Ahad depan (29 September).

Program dijangka bakal mendapat sambutan meriah dengan kehadiran 2,000 peserta.

Program mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) serta tajaan daripada SOP Foods Sdn Bhd, Nestle Products Sdn Bhd, Genesis Water, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Farley.

Hari Jantung Sedunia bertemakan ‘Gunakan Hati untuk Bertindak’ memberi tumpuan kepada motivasi setiap negara mempunyai pelan tindakan kebangsaan terhadap penyakit kardiovaskular.

Program tesebut bertujuan mendidik orang ramai tentang penyakit jantung dan pengesanan awal supaya mereka boleh hidup lebih lama dan mempunyai jantung sihat.

Turut diadakan program Walk-A-Mile dengan yuran pendaftaran sebanyak RM30.

Pusat Jantung Sarawak turut mmembuat pemeriksaan kesihatan percuma meliputi indeks jisim badan, glukosa darah, kolestrol serta konsultasi kesihatan bersama doktor bermula jam 6.30 pagi.

Pakar fisioterapi dan Pusat Jantung Sarawak juga akan menjalankan ujian kecergasaan termasuk senam aerobik dan tarian baris.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.184370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list