View: 13684|Reply: 0
|
[Johor]
Pemangku Presiden Muda selamat bernikah
[Copy link]
|
|
AMIRA Aisya selamat diijabkabulkan dengan Luqman Long pagi tadi. FOTO Facebook Muda
Johor Bahru: Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, bekas Ketua Penerangan Muda, Luqman Long.
Pernikahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa itu berlangsung secara sederhana di Bizmilla Eco Palladium di sini pada 10 pagi tadi.
Amira Aisya berkata, pernikahannya berlangsung sempurna dengan kehadiran keluarga dan rakan rapat.
"Saya nikah 10 pagi tadi dihadiri keluarga dan rakan rakan rapat sahaja. Esok resepsi insya-Allah.
"Kami kenal sudah lama sejak zaman belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, dalam hantaran media sosial Muda, parti itu mengucapkan tahniah atas ikatan pernikahan berkenaan.
"Kami mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia, diberkati dengan kasih sayang, keharmonian serta kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Selamat menempuh fasa baharu. Salam ikhlas daripada seluruh keluarga besar Muda," kata parti itu bersama hantaran gambar pasangan pengantin yang lengkap berbusana putih.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|