CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12157|Reply: 9

[Dunia] Iran lancar lebih 180 peluru berpandu. #7, Iran Dome' makin lemah, gagal tangkis roket Iran. #8, Iran dakwa 90% serangan peluru berpandu berjaya mengenai sasaran

[Copy link]
Post time 2-10-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-10-2024 01:45 AM

Iran lancar lebih 180 peluru berpandu

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... 80-peluru-berpandu/

Oleh KOSMO
2 Oktober 2024, 7:53 am


Peluru berpandu Iran dipintas oleh Israel berhampiran bandar utara, Baqa al-Gharbiya semalam. - AFP

TEL AVIV – Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan berskala besar yang meningkatkan lagi kebimbangan perang serantau berskala penuh, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Berjuta-juta orang bergegas mencari tempat perlindungan sebelum letupan menerangi langit malam di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis. Paramedik berkata, dua cedera ringan akibat terkena serpihan.

Siren serangan udara kedengaran di seluruh Israel pada kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) semalam, ketika tentera Israel memberi amaran bahawa peluru berpandu dilancarkan dari Iran.

Dalam beberapa minit, letupan kuat kedengaran di Baitulmuqaddis ketika peluru berpandu terbang di ruang udara dan dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel.

Tentera Israel berkata, kebanyakan peluru berpandu dipintas dengan bantuan Amerika Syarikat tetapi terdapat ‘sebilangan kecil’ yang meletup.

Pengawal Revolusi Iran berkata, peluru berpandu mengenai sasarannya.

Tambahnya, ia melancarkan serangan balas atas pembunuhan pemimpin sekutunya, Hizbollah dan Hamas, serta seorang jeneral tertinggi Iran.

Serangan peluru berpandu itu berlaku beberapa jam selepas tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lebanon, di perkampungan sempadan. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:13 AM | Show all posts
Tunggu harga minyak naik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai takleh imagine penduduk2 setempat yg tinggal kat negara2 bergolak berperang mcm ni masih steady pegang telefon record peluru2 berpandu tu syiuuuuuu sana syiuuuuu sini yahhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:15 AM | Show all posts
Viva La Resistance!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah mula.... Nanti tunggu siapa golek di street paling ramai.... Kali ini harap yang kuat golek pilih highway longest and big di amerika... Jangan buat blocking cities area...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:23 AM | Show all posts
kita sunni jangan masuk capur duk tepi tepuk tangan sambil makan supering
biar yahudi dan syiah mati sama2 kita sunni kutip hasil je sambil amik kredit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2024 09:31 AM | Show all posts
'Iron Dome' makin lemah, gagal tangkis roket Iran

https://www.bharian.com.my/dunia ... -tangkis-roket-iran

Oleh AGENSI - Oktober 2, 2024 @ 9:23am


Sistem anti peluru berpandu Iron Dome memintas roket dari Ashkelon, Israel. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Iron Dome, sistem pertahanan Israel yang melancarkan roket pemintas dari darat ke udara dilapor gagal menangkis serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh tentera Iran malam tadi.

Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran.

Memetik laporan media antarabangsa, Iron Dome dikatakan gagal menangkis puluhan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

Kegagalan sistem pertahanan Israel itu sekali gus membuatkan beberapa kawasan di wilayah rejim Zionis berkenaan terkena bedilan peluru berpandu terbabit.

BAITULMAQDIS: Iron Dome, sistem pertahanan Israel yang melancarkan roket pemintas dari darat ke udara dilapor gagal menangkis serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh tentera Iran malam tadi.

Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran.

Memetik laporan media antarabangsa, Iron Dome dikatakan gagal menangkis puluhan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

Kegagalan sistem pertahanan Israel itu sekali gus membuatkan beberapa kawasan di wilayah rejim Zionis berkenaan terkena bedilan peluru berpandu terbabit.

Iron Dome ialah satu sistem pertahanan Israel yang melancarkan roket pemintas dari darat ke udara pada jarak yang dekat sehingga 70 kilometer.

Ia seperti 'perisai' untuk berlindung dan memintas roket-roket, jet pejuang, helikopter, dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Sistem ini dilengkapi dengan radar dan misil pemintas Tamir yang menjejaki dan meneutralisasikan misil atau ancaman roket.

Pemintas Tamir sepanjang tiga meter (m), berdiameter 0.16 m, 90 kilogram berat, dan boleh bergerak sejauh 2 hingga 40 km.

Setakat ini, berdasarkan kepada rekod, teknologi Iron Dome ini amat canggih hanya Israel memiliki sistem pertahanan ini, selain Singapura pada 2016 pernah membeli 'Multi Mission Radar' (sebahagian sistem pertahanan Iron Dome).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 09:42 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 2-10-2024 01:44 AM

Iran dakwa 90 peratus serangan peluru berpandu berjaya mengenai sasaran - IRGC

https://www.bharian.com.my/dunia ... ya-mengenai-sasaran

Oleh BERNAMA - Oktober 2, 2024 @ 8:48am


Iran melancarkan puluhan peluru berpandu balistik ke arah Israel dengan siren serangan udara kedengaran di seluruh negara ketika penduduk diarahkan untuk kekal dekat dengan tempat perlindungan bom. - Foto AGENSI

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa pihaknya menyasarkan pusat strategik dalam wilayah yang diduduki "dengan peluru berpandu yang dibuat oleh anak-anak Iran."

Ini adalah pengumuman kedua IRGC selepas serangan misil terhadap rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Menurut laporan itu, beberapa pangkalan tentera udara dan radar sudah disasarkan dalam operasi berkenaan.


Roket terbang di langit selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik. - Foto REUTERS

IRGC menegaskan walaupun kawasan itu dilindungi oleh sistem pertahanan yang paling canggih dan berskala besar, 90 peratus daripada peluru berpandu berjaya mengenai sasaran, dan rejim Zionis takut dengan perisikan dan penguasaan operasi Republik Islam.

Operasi itu dilakukan dalam rangka hak pertahanan yang sah dan berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan sebarang kebodohan musuh akan dijawab dengan cara yang merosakkan dan dikesali.

IRGC menyatakan bahawa pangkalan yang diserang adalah "pusat konspirasi dan perancangan pembunuhan terhadap pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah serta komander tentera Hizbullah, kumpulan Palestin dan komander Pengawal Revolusi."


Imej menunjukkan serangan ratusan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Iran mula bertindak balas terhadap Israel dengan melancarkan peluru berpandu balistik ke atas kawasan Palestin yang diduduki rejim Zionis pada Selasa malam. – BERNAMA-IRNA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 10:26 AM | Show all posts
Iron Dome kena hack dengan Russia
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:22 AM | Show all posts
Laa ni kuasa dah berubah daripada unipolar ke multipolar. dengan naiknya china, negara2 kat dunia ni dh ada option nk tunduk kt amerika dan babu2nya atau join china russia.

negara2 arab pon dah ada teloq berani bantah tuan amerika sbb boleh bergntung kt china...

negara kecik2 cm malaysia pon berani sound amerika kt UN. negara2 latin, afrika mostly despise kt tuan amerika dan eropah pakat2 sapot china dan russia.

dtak pernah2 saudi dan iran berdamai, tapi atas inisiatif china, dua2 berdamaii... eropah pon makin ramai berani kritik israel

so last2 ni yg masih jadi babu amerika uk, canada, most of european dan hamba2 bodoh mcm india dan pilipina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077998 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list