View: 61785|Reply: 12
|
Seorang maut, 2 selamat, bangunan runtuh di Melaka
[Copy link]
|
|
Melaka: Seorang pekerja warga asing maut manakala dua lagi selamat dalam insiden bangunan runtuh di Jalan Bukit Senjuang di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam insiden pada 6 petang itu, lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.
"Mangsa ditemukan di celah runtuhan pada 9.55 malam namun hanya berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada 12.16 tengah malam tadi.
"Mangsa yang selamat, Zubair Ahmed, 32, dan Abbas Ghulam, 49, kedua-duanya warga Pakistan, mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh termasuk leher, bahu dan kepala.
"Mereka masing-masing dikeluarkan dari runtuhan pada 6.40 petang dan 8.45 malam ini.
"Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Melaka," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri R Saiful Iswandy R Hassan pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 6.18 petang dan seramai 81 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu dan Melaka Tengah termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat (35 orang) tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
"asukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari runtuhan yang melibatkan struktur bangunan satu tingkat berukuran 18.3 meter x 24.4 meter persegi yang masih dalam pembinaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
binaan haram/ tanpa permit |
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jengggg, kita cawangan mana yang kenaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 13-10-2024 02:59 PM
Aikkk pass baton salah pd rakyat jelata kah?? Benda buat kat tempat bz, sebelah sekolah. Mmg kena tunggu report je ke baru boleh buat keje? Bukan kah kalau ada keje2 mencurigakan, pihak berkuasa boleh je check tanpa tunggu report |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 13-10-2024 02:59 PM
Aihh kena ada aduan? Sikit punya tinggi naik dinding tu. |
|
|
|
|
|
|
|
runtuh kenapa? kat melaka sekarang ni musim hujan, mmg bahaya la
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 13-10-2024 07:35 PM
Aikkk pass baton salah pd rakyat jelata kah?? Benda buat kat tempat bz, sebelah sekolah. Mmg kena ...
Kalau boleh, dia nak kalih tiang gol sikit supaya takde la nampak 100% salah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 13-10-2024 09:24 PM
Aihh kena ada aduan? Sikit punya tinggi naik dinding tu.
Biasa la. |
|
|
|
|
|
|
|
fanaz82 replied at 14-10-2024 08:19 AM
runtuh kenapa? kat melaka sekarang ni musim hujan, mmg bahaya la
Cer tengok tiang² tu elok jer tumbang secara seragam dan berjemaah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|