CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30949|Reply: 3

[Tempatan] Menteri agama akan jawab berkenaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan - PM

[Copy link]
Post time 13-10-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-10-2024 02:28 AM



Menteri agama akan jawab berkenaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan - PM

Oleh Mahani Ishak
Oktober 13, 2024 @ 8:54am
[email protected]

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar dengan peserta Persidangan LAWASIA ke-37 di Hilton Hotel. STR/NABILA ADLINA AZAHARI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar untuk menjawab perkara berkaitan Rang Undang-undang (RUU) baharu mengenai jawatan mufti Wilayah Persekutuan.

"Biar Menteri Agama jawab," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Persidangan LAWASIA ke-37 di sini, hari ini.

Pada Khamis lalu, peguam hak asasi, Latheefa Koya menyuarakan bantahan keras terhadap RUU baharu mengenai jawatan mufti Wilayah Persekutuan akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti diperuntukkan dalam Pperlembagaan.

Latheefa yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata Fasal 4(1) RUU itu menjadikan mufti sebagai pihak 'paling berkuasa' dalam hal-hal undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan, selain Seri Paduka.

Katanya, RUU akan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula esok supaya ahli Parlimen menolaknya, sambil mengkritik sikap beberapa wakil rakyat kerajaan yang menurutnya masih berdiam diri dalam isu itu lebih tiga bulan selepas RUU itu dibentangkan pada Julai.

Sebelum ini Mohd Na'im Mokhtar menggesa semua pihak supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang boleh membawa kepada salah tafsir Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Katanya, tindakan itu akan membantut usaha kerajaan memperkasakan pentadbiran agama Islam di negara ini.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2024 06:32 PM | Show all posts
Kegilaan apakah ini?


Tak pasal pasal nanti KL jadi kabul!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri ugama yang berbogel dekat bilik rumah orang pukul 2 pagi zikir munajat zakar berhajat kettewww?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan wahai mufti. Biasalah dugaan bila nak buat undang2 islam utk Muslim..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.072921 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list