CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30908|Reply: 1

[Dunia] Singapura: Wanita nyaris kehilangan semua simpanan kerana kari kepala ikan

[Copy link]
Post time 13-10-2024 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-10-2024 02:48 AM



Wanita nyaris kehilangan semua simpanan kerana kari kepala ikanOktober 13, 2024 @ 8:07am




Gambar hiasan.



SINGAPURA: Perlindungan 'Money Lock' atau 'Kunci Wang' berjaya menyelamatkan wanita Singapura mangsa penipuan dalam talian daripada kehilangan kesemua wang dalam akaun simpanannya kepada penggodam.

Wanita terbabit menarik nafas lega apabila perisian dikenali sebagai 'Money Lock' yang pertama kali diguna pakai di Singapura, berjaya menyekat penggodam daripada mencuri wang di dalam akaunnya, lapor The Straits Times Singapura.

Pesara, Kelly (bukan nama sebenar), berkata sebelum ini beliau begitu berwaspada dengan sebarang penipuan dalam talian, namun tidak menyangka beliau sendiri menjadi mangsa.

Katanya, ia terjadi apabila melihat satu iklan di Facebook mengenai menu kari kepala ikan yang menjadi kegemarannya dan terus klik untuk membuat pesanan.

Selepas klik, ia terus menghubungkan ke aplikasi Whatsapp di mana seorang lelaki memberitahu secara terperinci berkenaan harga menu itu dan bagi membuat pesanan, saya perlu memuat turun aplikasi.

"Di sinilah bermulanya perisian yang menyamar sebagai perkhidmatan penghantaran, melumpuhkan ketetapan keselamatan dan akhirnya penggodam berjaya mengawal penuh telefon saya," katanya.

Jelas beliau, tindakannya itu membenarkan penggodam telefon bimbit untuk mengambil wang di dalam akaunnya tetapi hanya kira-kira SGD$33,000 (RM108,000) diambil daripada SGD$110,000 (RM361,000) kerana bakinya dilindungi 'Money Lock'.

Katanya, dalam beberapa jam, skrin telefonnya berulang kali terpadam, tetapi lelaki itu berkata ia hanya mengemas kini dan tiada apa yang perlu dirisaukan, sebelum dimaklumkan tempahannya disahkan dan kari kepala ikan akan dihantar pada 7 September.

Keesokan harinya, beliau menerima pula panggilan dari 'balai polis' yang menuduhnya terbabit dalam satu kes dan meyakinkannya bahawa kes itu adalah sah dengan membacakan butiran akaun bank kepadanya.

Bagaimanapun, katanya, anak lelakinya segera menjawab panggilan itu dan terus membuat laporan polis dan selepas beberapa hari, pihak berkuasa berjaya menangkap lima suspek dikaitkan dengan jenayah itu.

"Saya bernasib baik kerana sebahagian wang simpanan di Bank OCBC (OCBC) dilindungi oleh ciri 'Money Lock' di mana pengguna mengunci sebahagian wang yang hanya boleh dikeluarkan secara peribadi di cawangan atau mesin pengeluaran wang (ATM)," katanya.

Sementara itu, OCBC berkata, ini adalah kes pertama yang dilaporkan mengenai ciri 'Money Lock' yang berkesan menggagalkan penggodam.

Ketua Unit Anti-Penipuan OCBC, Beaver Chua, berkata pihaknya juga berjaya mengesan wang milik Kelly yang dipindahkan ke sebuah akaun digital dan membekukannya, sekali gus menyekatnya daripada melakukan sebarang transaksi.

"Sehingga September, lebih 70,000 akaun OCBC dengan lebih daripada SGD$8 bilion (RM26.28 bilion) sudah menggunakan ciri itu," menurut OCBC.

OCBC, DBS Bank dan UOB melancarkan ciri itu pada November 2023, diikuti oleh Maybank, Standard Chartered, Citibank dan HSBC pada Jun lalu.

Sehingga 31 Julai lalu, lebih 114,000 pengguna menggunakan fungsi 'Money Lock' dengan simpanan lebih SGD$9 bilion (RM29.56 bilion) 'dikunci'. - AGENSI






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybank bila lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.175288 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list