CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10437|Reply: 1

[Tempatan] Anwar Ibrahim kongsi artikel Mkini mengenai kelewatan keadilan buat pemandu OKU

[Copy link]
Post time 14-10-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Anwar kongsi artikel Mkini mengenai kelewatan keadilan buat pemandu OKU

https://www.malaysiakini.com/news/722471

Diterbitkan:  Oct 13, 2024 9:36 PM
Dikemaskini: 9:45 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi artikel Malaysiakini yang menekankan kelewatan keadilan terhadap pemandu e-hailing pekak, Ong Ing Keong, yang diserang.

Perdana menteri menyiarkan semula versi Bahasa Melayu artikel itu di akaun X rasminya.

Tidak pasti sama ada tindakan itu dilakukan oleh Anwar sendiri atau pengendali media sosialnya.

Artikel tersebut merujuk kepada ucapan Anwar di persidangan LawAsia hari ini, apabila dia mengenang dirinya juga pernah menjadi mangsa “kelewatan undang-undang” pada masa lalu.


Ong (kiri) menangis semasa sidang media mengenai kes serangannya pada bulan Ogos dan PM Anwar Ibrahim dengan mata lebam akibat serangan polis pada tahun 1998.

"Dalam bab pengalaman, saya telah mengalami banyak situasi apabila saya berdepan ‘tindakan biadap’ daripada pihak berkuasa, ‘kelewatan undang-undang’ dan penyalahgunaan kuasa yang teruk.

"Komplot ini telah membawa saya dari dewan kuasa ke lorong penjara!

"Saya percaya saya telah mengumpulkan cukup ‘jam kredit’ untuk diterima sebagai ahli kehormat Badan Peguam juga," kata Anwar berseloroh ketika berucap merasmikan Persidangan LawAsia di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan Anwar ini timbul di tengah kritikan yang berterusan terhadapnya dan kerajaan mengenai kelewatan dalam memberikan keadilan kepada Ong Ing Keong, pemandu e-hailing kurang upaya dalam kes serangan.



Ong, 48, ditumbuk di muka ketika dia duduk dalam keretanya ketika menunggu penumpang di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei.

Penyerangnya pengiring polis kepada Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah pun menitahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh.

Walaupun insiden itu dirakam oleh kamera, tiada perkembangan dalam dakwaan terhadap penyerang tersebut.

Anwar, yang pernah menjadi mangsa keganasan polis, sebelum ini mendapat kritikan apabila dia mengulas mengenai kelewatan dalam mendakwa penyerang Ong, dengan menyebut sesetengah kes memerlukan masa.

Secara berasingan, keluarga Teoh Beng Hock juga masih menunggu Anwar menunaikan janjinya untuk berbincang dengan pihak polis dan peguam negara mengenai pembukaan semula siasatan terhadap kematian pembantu politik tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai jadi mangsa 'lewat' ni
Cuma sebab yg ramai tu bukan sape2
Belum lagi mangsa kuasa, harta....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035359 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list