View: 25375|Reply: 13
|
Hutang Kerajaan RM1.173 trilion pada 2023, naik RM92.9 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.
"injaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).
"Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat Kerajaan," kata laporan itu.
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 3/2024 itu, Hutang Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.
"Komponen Pinjaman Dalam Negeri terdiri daripada Bil Perbendaharaan (Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188), Terbitan Pelaburan Kerajaan (Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Sekuriti Kerajaan Malaysia (Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Sukuk Perumahan (Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42).
"injaman Luar Negeri terdiri daripada Pinjaman Pasaran dan Sukuk (Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Akta 403)," kata laporan itu.
Hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1 peratus) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun, manakala sejumlah RM271.819 bilion (23.2 peratus) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan sejumlah RM125.034 bilion (10.7 peratus) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun.
Hutang kerajaan bersamaan 62.1 peratus KDNK
Pada tahun 2023, had statutori hutang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia yang berjumlah RM1.132 trilion adalah bersamaan dengan 62.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Nisbah statutori hutang tahun 2023 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 57.5 peratus kepada KDNK. Nisbah had statutori hutang kepada KDNK pada tahun 2023 tidak melebihi 65 peratus seperti yang dinyatakan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang Yang Diterima) 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.
Nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK pada 2023 adalah 64.3 peratus, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 60.2 peratus.
Bagi menambah baik pengurusan Hutang Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.
Antara komitmen jangka sederhana yang digariskan dalam akta tersebut adalah baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK ≤ -3 peratus, paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 60 peratus dan Jaminan Kewangan sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 25 peratus.
Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat, iaitu pengurangan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 5.0 peratus pada tahun 2023. Pada tahun 2024, defisit fiskal diunjurkan kepada 4.3 peratus dan kurang daripada 3 peratus untuk tahun-tahun berikutnya.
Bagi pengurusan hutang negara, langkah-langkah pengurangan hutang daripada 64.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2023 sehingga mencapai 60 peratus menjelang tahun 2030.
Sumber – BH |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 15-10-2024 02:01 PM
TAHNIAH .... Baguslah jika sekarang Malaysia X lagi masuk kategori negara FAKIR MISKIN .. tetapi FAKIR KAYA ...menjadi negara maju dan kaya karena HUTANG ...
Itulah PILIHAN HIDUP . ..yang terpenting GAYA HIDUP berubah menjadi HEDONISTIC .. walaupun itu semua disupport oleh HUTANG ...
|
|
|
|
|
|
|
|
PM mana yang berhutang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
nak kurangkan hutang negara, kena kurangkan subsidi ke? naikkan kutipan cukai? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 15-10-2024 08:52 PM
nusaraya replied at 14-10-2024 11:07 PM
TAHNIAH .... Baguslah jika sekarang Malaysia X lagi masuk kategori negara FAKIR MISKIN .. tetapi FAK ...
"TERNYATA..INDON itu udah menjadi kaya banget..ngak ada gajinya ribu ribuan spt malaydesh...tukang sapu indon bisa aja dapat gajinya...JUTA JUTA..negara tertangga pasti iri."-Bapak nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
x pandai jaga negara itu sbb hutang banyak walaupun dah byk subsidi ditarik... |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 16-10-2024 12:43 PM
x pandai jaga negara itu sbb hutang banyak walaupun dah byk subsidi ditarik...
semua ni salah najib-tripleid. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 16-10-2024 01:10 PM
bodohnyaa..hutang negara dah bertahun maintain meningkat tiap2 tahun pastu nak expect boleh turun dlm masa setahun??..hutang2 Najib 1mdb dgn hutang2 covid Abahcow beratus billion dulu tu dah tak kena bayar ke??
defisit negara 2023 makin berkurang tak nak cite pulak??
Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan 2023 catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit |
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka dpt kencing hahaha hutang 686bil dah nak bankrup sngt2, hutang 1.2tril hebat hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu end q2 dah 1.227tril dah naik 54bil dari end23 hahaha tahinah dan padan muka hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kata ekonomi makin herlok
Ni utang yg bertambah maju
Subsidi apa pulak le bakal ditarik balik ni |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 16-10-2024 01:00 PM
bodohnyaa..hutang negara dah bertahun maintain meningkat tiap2 tahun pastu nak expect boleh turun d ...
kan betul...semua salah najib...ko sendiri tulis tu..kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 16-10-2024 02:44 PM
kan betul...semua salah najib...ko sendiri tulis tu..kan.
Bekap lah mcm mana pon tetap tak boleh nk padam sejarah yg hutang 1mdb tu kjaan kena tanggung smpai ke anak cucu kau.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|