CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16076|Reply: 0

[Johor] Treler alami masalah brek 'sapu' 6 kenderaan di Sri Medan

[Copy link]
Post time 15-10-2024 06:51 AM | Show all posts |Read mode

TANGAKAP layar video treler merempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan selepas mengalami masalah brek. FOTO Tular

Batu Pahat: Masalah brek dipercayai punca sebuah treler sarat muatan bata merempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, treler dipandu lelaki berusia 46 tahun merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku apabila lori terbabit dari Parit Sulong dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi dengan jalannya menuruni bukit, pemandunya mendapati treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Batu Pahat: Masalah brek dipercayai punca sebuah treler sarat muatan bata merempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, treler dipandu lelaki berusia 46 tahun merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku apabila lori terbabit dari Parit Sulong dalam perjalanan ke Johor Bahru.

"Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati kemalangan berlaku pada jam 3.47 petang.

"Rempuhan itu juga menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

"Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler terbabit bebas daripada pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kemalangan.

Justeru, katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah lori meluncur laju dan merempuh beberapa buah kenderaan Sri Medan.

Selepas merempuh beberapa kenderaan, lori terbabit kemudian berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list