CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16150|Reply: 0

[Johor] Johor tubuhkan jawatankuasa tangani isu akidah, bantu pengikut GISBH

[Copy link]
Post time 15-10-2024 06:57 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA bahan bacaan kumpulan GISBH yang dirampas polis di Kampung Panji, Kota Bharu, 21 September lalu. FOTO Bernama

Johor Bahru: Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Isu-Isu Semasa Agama Islam bagi menyelesaikan isu berbangkit termasuk mengadakan program pemulihan akidah dan membantu pengikut GISB Holdings (GISBH) meneruskan kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam Negeri Johor, Sabtu lalu.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan Seksyen 7(1), Seksyen 6 dan Seksyen 27 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

"Jawatankuasa ini bersifat tetap yang boleh bersidang pada bila bila masa apabila timbul isu-isu agama Islam yang boleh menggugat akidah, syariah dan akhlak serta hukum syarak sekaligus menggugat ketenteraman masyarakat.

"Fungsi jawatankuasa ini adalah mengkaji, meneliti dan mencadangkan kepada MAINJ serta jabatan atau agensi kerajaan yang terbabit bagi melaksanakan tindakan lanjut berkaitan sesuatu isu yang terkait agama Islam.

"Selain itu, jawatankuasa ini membabitkan semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kesan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, bagi isu GISBH, beberapa cadangan program dirancang dan diperhalusi bagi membantu individu terbabit.

"Antara cadangan program yang diketengahkan selain program pemulihan akidah, syariah dan akhlak adalah program pengesahan pendaftaran perkahwinan, program bantuan sara hidup dan bantuan mikro sara hidup.

"Program kaunseling keluarga dan program dakwah bekas ahli juga akan diketengahkan bagi membantu pengikut GISBH kembali ke pangkal jalan," katanya.

Katanya, MAINJ selaku pihak berkuasa agama sentiasa komited bagi membimbing mereka kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah al-Maturidiyah serta memastikan agama Islam terus terpelihara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 1.548415 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list