View: 35618|Reply: 19
|
Anak bongsu Lee Kuan Yew mohon robohkan rumah di 38 Oxley Road
[Copy link]
|
|
Singapura: Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew mengumumkan bahawa beliau akan memohon untuk merobohkan rumah di 38 Oxley Road, hampir seminggu selepas kematian kakaknya, Dr Lee Wei Ling.
"Bagi menghormati hasrat terakhir ibu bapa saya, saya akan memohon untuk merobohkan rumah di 38 Oxley Road dan seterusnya membina kediaman kecil peribadi, yang akan kekal dimiliki ahli keluarga sahaja," kata Hsien Yang dalam hantaran Facebook pada Selasa, sambil menegaskan bahawa dirinya adalah pemilik sah tunggal rumah itu.
Wei Ling tinggal di rumah itu sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada 9 Oktober lalu.
Rumah itu pernah menjadi kediaman Lee Kuan Yew sejak 1940-an sehingga kematiannya pada 2015, menjadi punca perbalahan antara anak sulungnya, Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan dua adiknya berhubung isu penggunaan serta perobohan rumah bersejarah itu.
Hsien Yang, 67, menyatakan bahawa beliau kini satu-satunya wasi atau pelaksana wasiat bapanya yang masih hidup selepas pemergian Wei Ling.
"Dalam wasiatnya, bapa saya ingin rumah itu dirobohkan segera selepas Wei Ling berpindah. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan hasrat itu sepenuhnya mengikut undang-undang.
"Lee Hsien Loong menyatakan di Parlimen pada 2015 bahawa selepas Wei Ling meninggal, keputusan sama ada untuk membenarkan perobohan rumah itu terpulang kepada 'kerajaan pada masa itu'. Sembilan tahun berlalu dan hari itu sudah tiba," katanya.
Rumah itu mempunyai kepentingan sejarah kerana di ruang makan bawah tanahnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) ditubuhkan pada 1954 dan ia juga menjadi pejabat de facto parti itu sehingga PAP mempunyai ibu pejabatnya sendiri.
Laporan jawatankuasa menteri mengenai 38 Oxley Road pada 2018 menggariskan beberapa pilihan untuk hartanah itu termasuk mengekalkan rumah itu sebagai Monumen Kebangsaan, memelihara ruang makan dan merobohkan bahagian lain, atau membenarkan kediaman itu dirobohkan sepenuhnya dan dibangunkan semula.
Pilihan-pilihan ini bertujuan membantu kerajaan masa depan membuat keputusan yang berinformasi apabila diperlukan.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Susah bila peristiwa2 bersejarah negara berlaku dalam kediaman persendirian. Try tanya arab saudi wahabi minta pendapat. Senang je settle.
|
|
|
|
|
|
|
|
@CARI-MRO atleast tepeklah house tour sket….. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari luar nampak mcm x menarik.cer bagi tour tgk kawasan dlm rumah sblm dirobohkan . sejarah maa |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 15-10-2024 12:13 PM
@CARI-MRO atleast tepeklah house tour sket…..
Wartawan cari jenis buka benang tinggal terus. Tak de lawatan utk upgrade/update info etc. Ikut la penghuni benang nk buat ape pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya raya pun susah misekin pun susah.
Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh. Abang yg tua mantan PM vs adik yg mati ni dgn yg bongsu. Citernya LKY pernah ckp dia x mo preserve rumah dia sbb nanti gomen kena spend money nanti jadi rundown sbb gomen x de duit nak maintain mcm rumah2 tokoh2 dunia yg lain. Lama2 tu dia changed his mind dia kata ok to preserve mungkin masa ni singapore dah kaya. Yg duduk rumah tu semua anak2 yg dah kawin dgn yg mati ni sbb dia belum kawin. Bila LKY mati tiba2 dlm will dia ada suruh demolish bila dia mati or bila yg anak perempuan dia yg duduk situ dah move out or mati. So semua org terkejut lah sbb kata na preserve. Bila investigate, anak dia yg tua tu ckp will sudah kena changed by sister in law. So polis nak panggil depa lari ke UK. Time ni actually rumah tu inherited by si abang who then sold it to adik bongsu.
Eh penat la citer. Cut short kakak mati dah adik nak suh demolish konon sebab will bapa. The end. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-10-2024 09:29 PM
Kaya raya pun susah misekin pun susah.
Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh. Abang yg tua ...
Tq utk explaination. Baru Paham cerita. Tapi syg la nk demolish, rumah bersejarah. Asian especially SEA mcm tak menghargai sgt kan ape2 building, nk gah nk lawo je. Mcm Malaysia pun kalau nk bina bgunan baru, sanggup runtuhkan bangunan lama, mcm penjara Pudu tu syg sgt, kekalkan je la. Fikir la cara utk maksima kan penggunaan. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks chuols summarize kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie: Kaya raya pun susah misekin pun susah.Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh. Abang yg tua mantan PM vs adik yg mati ni dgn yg bongsu. Citern ...
ooo..baru paham. tq
|
|
|
|
|
|
|
|
No problem. Saga ni dah lama dah since LKY mati. Yg abang nak preserve for future singaporeans tapi yg adik perempuan ni dgn yg bongsu kata bapak derang nak suruh roboh so boleh buat rumah lain tuk anak2 cucu2 duduk. Masalahnya sekarang, rumah tu pun dah dijual oleh abang ke adik bongsu tapi tak tau la apa caveat maybe tak boleh demolish ke apa. Si adik bongsu ni dah lari ke UK dia kata abang dia masa PM guna kuasa tuk halang derang. Memang dah tak bertegur sapa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik rumah tu, colonial style ye lah kan rumah2 ala2 zaman P Ramlee, furniture pun macam kat rumah tok2 kita (yg dipamerkan lah).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wonder why takmo jual kat public
Sure ada takers |
|
|
|
|
|
|
|
cantik. suka set2 rumah dulu mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Preserve, buat macam Memorial Tun Razak la. Boleh jadi tarikan pelancongan. |
|
|
|
|
|
|
|
sewakan jelah kalo xnak guna duit gomen utk preserve rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Susah ke nak preserve rumah ni? Rasanya maybe kos x tinggi vs buat memorial. Sebab ni rumah lama tpi bukan rumah traditional… kalu rumah lama traditional tu iya kos tinggi utk preserve.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 16-10-2024 09:50 AM
Cantik rumah tu, colonial style ye lah kan rumah2 ala2 zaman P Ramlee, furniture pun macam kat rum ...
Tq sis @allshares for the tacang. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 16-10-2024 07:52 PM
Tq sis @allshares for the tacang.
Sama2 siz, 2 biji je pun u punya lvl lagi tinggi dari I. Tapi info u bagi tu sgt berguna n ptt dpt tacang |
|
|
|
|
|
|
| |
|