CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14654|Reply: 3

[Tempatan] Bil air tertunggak di Kelantan cecah RM4.6 juta

[Copy link]
Post time 16-10-2024 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-10-2024 10:45 AM

KOTA BHARU: Sejumlah 7,270 pengguna mempunyai hutang bil air tertunggak berjumlah RM4.6 juta bagi tempoh 2022 dan 2023 di Kelantan.


Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan berkata tindakan undang-undang akan diambil dan memberi tempoh sehingga hari ini kepada pengguna yang belum menjelaskan hutang bil air mereka yang sudah dipotong.


Jabatan Korporat AKSB berkata, selepas ini, senarai nama dan nombor akaun bil pengguna yang masih gagal membayar tunggakan itu akan diserahkan kepada Peguam AKSB bagi meneruskan tindakan undang-undang.


“Sejumlah 3,316 akaun dipotong bagi 2022 dengan hutang RM2.379 juta masih belum dijelaskan dan 2023 pula sejumlah RM2.196 juta direkodkan dengan 3,954 akaun bil air masih lagi berhutang.


“Justeru, AKSB terus mempergiat usaha menuntut hutang sebanyak RM4.5 juta daripada pengguna yang masih gagal menjelaskan hutang bil air yang sudah dipotong itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas berkenaan proses tindakan diambil AKSB berkata, gerak kerja Unit Penguatkuasaan AKSB akan membuat pemotongan bil air di rumah pengguna atau premis yang aktif terlebih dulu iaitu bil tertunggak melebihi tiga bulan.


“Dalam tempoh 45 hari bil akhir dikeluarkan, jika pengguna masih gagal menjelaskan tunggakan, penolakan deposit ke atas baki tunggakan akan dibuat, menjadikan akaun adalah tidak aktif dan berhutang,” katanya.


Katanya, AKSB juga melantik empat ejen kutipan hutang berlesen bagi membuat tindakan susulan untuk mendapatkan semula jumlah hutang bil.


“AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB dan Facebook.


“Pengguna juga boleh menghubungi PINTAS di talian 15777 jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan,” tambahnya.


BuletinTV3



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2024 07:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:12 AM | Show all posts
zalimnya AKSB, air itu kan dari Allah. kena nak kena bayar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.320844 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list