CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32372|Reply: 14

Orang ramai diminta tidak membeli baka kucing bully baharu tidak berbulu

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:37 PM | Show all posts |Read mode





BELFAST  – Penduduk  United Kingdom (UK) digesa tidak membeli baka kucing bully baharu tidak berbulu kerana haiwan itu terdedah kepada masalah kesihatan serius, lapor portal berita Metro. UK kelmarin.


Kucing itu pertama kali dibiakkan di Amerika Syarikat dan  mendapat pengikut yang ramai di media sosial sebelum dibawa ke UK.


Baka tersebut tidak mempunyai bulu dan memiliki kaki pendek seperti anjing buli XL yang kini diharamkan.


Kucing bully mempunyai masalah kepekaan kulit pada cahaya matahari dan  pernafasan, manakala pergerakannya tidak selincah  kucing lain. Jangka hayatnya juga lebih pendek.


Pakar tingkah laku haiwan Universiti Queen’s di Belfast, Dr. Grace Carroll meminta orang ramai untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membeli kucing bully.


“Pengguna memiliki kuasa beli. Apabila kita tidak membeli baka yang mempunyai sifat ekstrem, kita boleh menghalang pembiak baka daripada mengutamakan ciri estetika berbanding kesihatan dan kebajikan haiwan,”  katanya. – AGENSI




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik je nmpk kucing takde bulu
Kucing ni memg spesis sedia ada atau kucing yg dibiakkn melalui kawen campur
Kucing klu kawen campur memg antibodi dia tak kuat...kawen campur ke...betul ke istilah tu...haha x dpt nk pikir tgh2 mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan copy XL bully tetapi pocket bully... Pity untuk cat version...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye kucin spesis ni. Kalau betul la ia diwujudkan melalui pembiakan gen. Naya ke kucin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
adopt, not shop
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mark adam ada bela kucing ni tp pgil baka sphinx kot Siap membiak Syg mark kat kucing² ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org minat tucen mcm ni ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:16 AM | Show all posts
tapi dia ada piramid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:49 PM | Show all posts
jejarihalus replied at 22-10-2024 08:56 AM
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok

kenapa dengan munchkin?  nampak elok je lowed.  jiran iols ada satu terkedek2.  tapi utk depa survive sendiri mungkin payah lah kot.  jadi lauk je kalau dilepaskan keluar
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:42 PM | Show all posts
berlambak2 kucen kat pasor tu ha

tapayah beli.. yg domestic ni lg senang nak bela

hat yg bukan native sini kut korang banyak masa, banyak dhuet, hari2 kelek kucin aje takde nak kelek tok laki, anak beranak silakan

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 02:43 PM | Show all posts
zorrro_03: kenapa dengan munchkin?  nampak elok je lowed.  jiran iols ada satu terkedek2.  tapi utk depa survive sendiri mungkin payah lah kot.  jadi lauk je kal ...


munchkin pon hasil genetic modified.. bila lahir byk yg x menjadi and end up di'lupuskan'.. byk health problem jugak... meols slalu volunteer shelter ngeri tgk ank yg x menjadi dibuang tulang dia herot2... kesian... #adoptdontshop pleasee


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:17 PM | Show all posts
jejarihalus replied at 22-10-2024 08:56 AM
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok

betul. munchkin ni sjenis baka defect kan.
kecian tgk. dhla abnormal, umoq x pjg.
event flat face n exoctic shorthair pn kna extra care.
kna rajin lap muka, suap mkn.

sapa yg takat bela sbb nk up kat ig, takyah la bela hewan.
kang nk beli mknan elok, pi grooming pn bkira.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:42 PM | Show all posts
aryyan replied at 23-10-2024 03:17 PM
betul. munchkin ni sjenis baka defect kan.
kecian tgk. dhla abnormal, umoq x pjg.
event flat face  ...

Benzino dog pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan buat elok dah tp manusia2 musibat ni nak mendahului ciptaan Tuhan

Kalau tidak tkda la manusia kacuk babi...anjing kacuk manusia.
Melampau.Amat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052239 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list