CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13908|Reply: 15

[Tempatan] Siti Hajartul Haini dalang kes tipu jual emas ditahan sejurus tiba dari Dubai. #2, Kes tipu 'kutu emas', 35 laporan polis diterima

[Copy link]
Post time 23-10-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2024 03:43 AM

Siti Hajartul Haini dalang kes tipu jual emas ditahan sejurus tiba dari Dubai

https://www.bharian.com.my/berit ... n-sejurus-tiba-dari

Wartawan BH - Oktober 23, 2024 @ 10:17am
[email protected]

Siti Hajartul Haini dalang kes tipu jual emas ditahan sejurus tiba dari Dubai.

KUALA LUMPUR: Wanita yang dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid, berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit ditahan pihak berkuasa semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata wanita berusia 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebaik tiba dari Dubai.

"Suspek direman di Mahkamah Alor Setar hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Media sebelum ini polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mendalangi kegiatan penipuan penjualan emas dengan memperdaya orang ramai membeli emas dengan harga murah membabitkan kerugian lebih RM7 juta.

Ramli yang dipetik berkata sejak September lalu, pihaknya sudah menerima 18 laporan polis berkait wanita itu membabitkan nilai keseluruhan kerugian sebanyak RM7.03 juta.

Melalui siasatan dijalankan, suspek dikatakan menjual barang kemas pada harga lebih rendah daripada pasaran semasa iaitu sekitar RM150 hingga RM200 bagi satu gram emas.

Pembeli yang berminat bagaimanapun perlu menunggu selama beberapa minggu sebelum barang kemas tersebut diperoleh.

Pada awalnya, pembeli menerima barang kemas yang dijanjikan dan ia mengakibatkan mereka yakin dengan tawaran yang dibuat, bagaimanapun bermula Julai lalu pembeli tidak menerima barang kemas yang ditempah dan suspek juga telah gagal dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2024 11:42 AM | Show all posts
Kes tipu 'kutu emas', 35 laporan polis diterima

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... oran-polis-diterima

Muhaamad Hafis Nawawi, Muhammad Saufi Hassan dan NurNazwa Alya Azman
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 23, 2024 @ 10:27am


MAHMUD (tengah) bersama mangsa penipuan emas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, kelmarin. FOTO Faiz Anuar

Kuala Lumpur: Polis sudah menerima 35 laporan polis ke atas Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian RM25.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, sehingga semalam, sebanyak 35 laporan polis diterima membabitkan enam lelaki dan 29 wanita berusia 29 hingga 60 tahun.

Menurutnya, laporan polis diterima itu membabitkan lapan negeri dengan terbanyak di Kedah iaitu sebanyak 18 laporan polis.

"Mereka terdiri 21 orang kakitangan kerajaan, sembilan pekerja swasta dan lima orang bekerja sendiri," katanya kepada Harian Metro tadi.

Terdahulu Harian Metro melaporkan wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit ditahan polis.

Wanita berusia 37 tahun itu diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, suspek ditahan selepas tiba di lapangan terbang sebaik tiba ke negara ini dari Dubai.

Wanita itu kemudian dibawa ke mahkamah di Jitra, Kedah hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Muka depan Metro Ahad sebelum ini melaporkan lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan jualan emas 916 pada harga lebih rendah dari pasaran oleh suspek sejak dua bulan lalu.

Kebanyakan mangsa yang bekerja di satu unit di sebuah hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri.

Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan dengan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata merebut 'tawaran hebat' terbabit.

Kebanyakan mangsa tampil membuat laporan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam Dr Mahmud Jumaat untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 02:31 PM | Show all posts
lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta

On average sorang melabur sejuta ringgit? Really?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:26 PM | Show all posts
tok bida labida coin senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:37 PM | Show all posts
Siti senyum simpul ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:13 PM | Show all posts
bahaya main kutu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Soklan dari aku yang malas nak baca panjang2.. kau pergi Dubai tu melancong huraaa duit jota2 tu ke or kau pergi jumpa pak syeikh arab nak beli emas..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I pula kagum dengan umur baru 37 tahun dah hebat tipu2 orang melibatkan juta2. Boleh yakinkan orang untuk serah duit pada dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah2 sume ni tak serik2 kene tipu
Kalo nak sgt melabur emas, ko pegi je la beli emas dgn maybank, bank lain sume tu
Nak gak beli emas dr individu....bodohhhh
Kalo nk sgt emas fizikal, pi la angkat bontot dan menuju ke poh kong wah chan sume tu.
Again, bodoh tu percuma
Padan muka kene scam
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:56 PM | Show all posts
tah sapa2 je dorang ni percaya. beli je la emas kat shopee habib tu kalau nak murah, tunggu sale. tak pun beli 999 mcm makcik, pakai voucher dapat memurah jugak.

geng QM boleh senyum, ada jugak puak sesama bodoh mcm mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-10-2024 05:06 PM

Kutu konon, disiplin simpan duit sendiri x boleh ka dari org lain tolong simpankan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
percaya laa sgt kalau dah murah bedooh gitu. takde maknanya org  nak tlg org lain kaya bersama2

selamat berliburan di dubai girtuhhh ujung2 blk ke dlm makan free
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa mesti dikalangan guru dan kkm staf ye....byk sgt duit depa eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:27 PM | Show all posts
suma mulayuu..nak selamat beli je kijang emas yg mmg ada jaminan bank negara..maybank ada jual kijang emas tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 23-10-2024 04:45 PM
I pula kagum dengan umur baru 37 tahun dah hebat tipu2 orang melibatkan juta2. Boleh yakinkan orang  ...

Bayngkan kalau umur panjang level wak 47..berapa panjang akal dia nak kencing orang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang terfikir, menipu ni satu bakat kot. Bukan semua orang ada.  Aku cakap bohong, sendiri mengelabah. Pastu tak berhenti gosok² hidung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.142375 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list