View: 5345|Reply: 0
|
[Tempatan]
Penjual vape mirip alat tulis berdepan tindakan tegas, kata KPDN
[Copy link]
|
|
Penjual vape mirip alat tulis berdepan tindakan tegas, kata KPDN
https://www.freemalaysiatoday.co ... an-tegas-kata-kpdn/
Mohamad Fadli
24 Oct 2024, 02:14 PM
Sebelum ini MCPF dilaporkan mengesan taktik licik penjualan vape yang menyerupai alat tulis seperti pen berbentuk highlighter, gam dan pena penanda menerusi platform dalam talian. (Gambar Facebook)
Menterinya Armizan Mohd Ali memberi amaran susulan pendedahan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mengenai penjualan rokok elektronik itu baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana penjual yang menyamarkan peranti rokok elektronik atau vape mirip alat tulis.
Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata mereka akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan Perintah Penerangan Perdagangan (Sijil dan Pelabelan Rokok Elektronik) 2022.
“Mana-mana individu yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan peranti atau komponen rokok elektronik mesti memohon kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan peranti tersebut.
“Kementerian berharap semua pihak akan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam sidang medianya selepas mengumumkan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali, di sini, hari ini.
Sebelum ini Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dilaporkan mengesan taktik licik penjualan vape yang menyerupai alat tulis seperti pen berbentuk highlighter, gam dan pena penanda menerusi platform dalam talian.
Naib Pengerusinya Ayub Yaakob turut menggesa KPDN melakukan serbuan dan rampasan ke atas peniaga yang memiliki serta menjual peranti itu dengan menggunakan label mengelirukan.
Dalam pada itu, Armizan turut memberi peringatan kepada penjual vape untuk mendapatkan kebenaran daripada Sirim.
Katanya, ia termasuk perakuan dan penandaan MS Sirim produk vape yang dikeluarkan menepati standard daripada Sirim QAS International Sdn Bhd.
“Kita menerima laporan dan kebimbangan pihak tertentu. Apa yang saya ingin nyatakan di pihak KPDN, bidang kuasa kita adalah berkait Akta Perihal Dagangan 2011.
“Ada satu perintah khusus berkaitan dengan peruntukan dan penandaan peranti rokok elektronik yang dikeluarkan pada 2022,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|