CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5360|Reply: 0

[Tempatan] PMX sendiri beri ‘lampu hijau’ untuk cakap apa saja, Hassan Karim jawab Fuziah Salleh

[Copy link]
Post time 24-10-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode
PMX sendiri beri ‘lampu hijau’ untuk cakap apa saja, Hassan jawab Fuziah

https://www.freemalaysiatoday.co ... assan-bidas-fuziah/

Nora Mahpar
24 Oct 2024, 12:23 PM


Hassan Karim menjawab teguran Fuziah Salleh supaya beliau mengemukakan pandangan melalui saluran dalaman, bukannya kenyataan umum.

Hassan Karim berkata Anwar Ibrahim sendiri menghubungi beliau awal tahun ini yang memberi ‘lampu hijau’ untuk menulis apa sahaja termasuk mengkritiknya sebagai perdana menteri.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendakwa tindakannya lantang mengkritik kerajaan dan Anwar Ibrahim, telah mendapat ‘restu’ daripada Presiden PKR itu sendiri.

Mengulas teguran Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, Hassan berkata Anwar sendiri menghubungi beliau awal tahun lalu yang memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk menulis apa sahaja.

“Selepas ketua penerangan PKR (Fahmi Fadzil) secara terbuka di media kata tindakan disiplin akan diambil ke atas saya (awal tahun ini) maka beberapa hari selepas itu Anwar Ibrahim menelefon saya.

“Pesannya ‘Hassan cakaplah apa saja, tulislah apa saja, kritiklah kerajaan dan beliau sebagai PM sebebasnya tetapi satu pesanan kepada saya. Hassan janganlah kritik raja,” kata beliau kepada FMT.

Hassan berkata beliau menerima nasihat perdana menteri itu, namun mengakui kadang-kala terlanggar pesanan berkenaan.

“PMX menghormati anggota partinya, Ahli Parlimennya dari Pasir Gudang ini yang setia menyokong hampir setengah abad sejak zaman mahasiswa lagi,” katanya.

Terdahulu, Fuziah dalam temu bual bersama FMT menggesa Hassan mengemukakan pandangan dan kebimbangan melalui saluran dalaman, bukannya membuat kenyataan umum.

Awal tahun ini, Fahmi yang juga menteri komunikasi memberi ‘teguran keras’ kepada Ahli Parlimen dua penggal dan bekas ketua PKR Johor itu supaya berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti sekutu PH.

Kenyataan itu susulan tindakan Hassan menggesa Umno menggantikan presidennya, Zahid Hamidi, bagi mendapatkan semula keyakinan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Hassan dilihat sebagai pengkritik pentadbiran Anwar yang lantang. Terbaharu, beliau menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 menyentuh soalan penahanan di rumah.

Perkembangan ini ketika bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjadi jalan perundangan untuk menguatkuasakan apa yang dikatakan ‘adendum’ yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.134291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list