View: 45706|Reply: 1
|
[Tempatan]
PMX Anwar Ibrahim ambil maklum pandangan, kebimbangan kenaikan gaji minimum
[Copy link]
|
|
PM ambil maklum pandangan, kebimbangan kenaikan gaji minimum
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... aikan-gaji-minimum/
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
25 Oktober 2024, 5:10 pm
GAMBAR HIASAN
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum semua pandangan dan kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.
“Beberapa keputusan atau pun pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan (2025) pada 18 Oktober, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenai pandangan ini.
“Sudah pasti beliau akan mengambil kira (semua pandangan serta kebimbangan) dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu
penggulungan nanti, insya-Allah oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
Sebelum ini, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib KWSP yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Langkah itu, menurut persatuan berkenaan, mungkin memberikan tekanan kewangan yang tidak mampu ditanggung oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak bimbang , kan udah masuk budget 2025? jalan terus aje le pmx
sebelum2 ni usual min wage rm2,012 ke camtu.. so kira rm1,700 tu rendah la lagi dr yg sepatotnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|