CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45587|Reply: 0

[Tempatan] ‘Nak murah, masak sendiri’

[Copy link]
Post time 25-10-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode
‘Nak murah, masak sendiri’

https://www.kosmo.com.my/2024/10/25/nak-murah-masak-sendiri/

Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
25 Oktober 2024, 3:59 pm


Gambar nasi bujang yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook mencetuskan kontroversi di media sosial selepas mengeluh mengenai harga nasi bujang RM3 di Kelantan yang dianggapnya terlalu mahal.

Dalam hantaran tersebut, pemilik akaun itu menyindir harga nasi bujang yang seolah-olah berlebihan dan membandingkannya dengan harga lebih rendah di Selangor.

“Tadi saya makan nasi bujang di Kelantan. RM3. Mahalnya, mereka nak beli kapal terbang pergi Mekah ke? Selangor baru RM2. Ada yang RM1.70 je. Tahu lah gaji dah naik RM1,700 tapi takkan sampai RM3 nasi bujang,” katanya.

Namun, reaksi orang ramai di ruangan komen rata-rata mengecam hantaran itu dengan mengatakan harga RM3 masih murah dalam keadaan ekonomi semasa yang serba mencabar.

“Selangor di mana harga yang murah tu? Maklum lah nama tempat, kedai mana. Kau ni tak tahu bersyukur ke?,” tegas Iskandar Eastman.

“Kau nak berapa ringgit? RM3 kata mahal lagi. Baik kau masak sendiri, dah nak murah sangat. Aduh kau ni,” komen Rohana Daud.

“Kau masih hidup tahun 90-an ke?,” ujar Zul – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list