![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20241110/ubowebfiller1.jpg)
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20241124/btu-ub241124-ar-lemas.jpg)
Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa dari bot sebelum menyerahkannya kepada PDRM bagi tindakan lanjut, hari ini. - Gambar JBPM
BINTULU: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di kawasan pantai Kampung Batu Mandi di sini, dijumpai mati lemas, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa, Valentino Austin Richie, 18, dijumpai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 9.15 pagi pada jarak 1.5 dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).
"Sejurus berjaya dinaikkan, mayat mangsa dibawa ke Jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi proses pengecaman serta tindakan lanjut," jelasnya dalam satu kenyataan.
Dengan itu katanya, operasi SAR di hari kedua itu ditamatkan pada pukul 11.15 pagi.
Dalam insiden yang berlaku petang semalam, mangsa dikatakan sedang mandi di kawasan pantai sebelum dilaporkan hilang dibawa arus deras laut.
|