CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36372|Reply: 2

Lapar sangat, tak ada duit- Pelajar pungut sisa KFC dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 9-2-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang membesar dalam keadaan serba kekurangan, setiap suapan makanan pastinya akan dihargai.

Begitulah juga yang dilalui wanita ini apabila dia sanggup menjamah makanan yang sudah dibuang ke dalam tong sampah oleh rakan serumahnya.

Dalam perkongsian di TikTok, dia berkata kejadian itu dilaluinya ketika zaman belajar, lebih 15 tahun lalu.



"Aku pernah ambil makanan yang dah dibuang oleh housemate masa study dulu sebab lapar dan duit makan tak cukup.

"Makanan itu masih dalam kotak dan tong sampah tu bersih, sebab tu aku pejam mata saja, makan sebab dah lapar sangat.

"Ayam KFC dua ketul, dah sejuk dan keras tapi aku rasa ia benda paling sedap pernah aku makan," imbasnya menerusi perkongsian berkenaan.

Ketika itu, dia juga tidak tergamak untuk meminta wang belanja daripada ibu bapanya kerana mereka juga hidup serba kekurangan.

Meski pun sudah lama berlalu, wanita berkenaan berkata kejadian itu menyebabkan dia lebih menghargai segala kesenangan yang dikecapi.

"Nak minta duit dekat ibu ayah, tapi keluarga pun bukan orang senang sangat. Mana boleh aku jimat, aku jimat. Kebetulan mi segera pun dah habis.

"Sampai sekarang walaupun dah lebih 15 tahun, dah mampu makan macam-macam, aku memang akan makan habis semua makanan walaupun ia tak berapa sedap.

"Kita tak tahu rezeki akan datang bila dan macam mana. Jadi apabila ada apa-apa saja yang datang, banyak ke sikit, kau just bersyukur sebab semua tu rezeki," tulisnya.

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian netizen, terutamanya mereka yang pernah hidup susah ketika zaman belajar.

"Ingatkan saya seorang je buat macam ni. Masa tu nampak rakan sebilik dah habis makan tapi ada nasi dan lauk. Saya offer nak buang sampah dia. Bawa jauh-jauh lepas tu makan sambil nangis.

"Pernah survive 50 sen untuk tiga hari. Beli gula-gula 50 sen, dapatlah 10 biji. Sehari makan tiga biji dengan minum air masak jerang.

"Saya pernah ambil buah strawberry dalam tong sampah. Disebabkan teringin, ambil bawa balik bagi adik-adik," tulis beberapa pelayar TikTok.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 03:01 PM | Show all posts
pernah ada pengalaman camni. makan makanan sampah orang. sedihnya. hidup masa tu. alhamdulillah tak sesusah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku klu ada student beratur nk byr, aku akn byrkn....
Selalu nmpak dorang amik satu lauk & kuah je.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049558 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list