![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20241123/sbw-ub23112024-fn-petronas-p1copy.jpg)
Nanta bergambar bersama para pelajar pada Program Discover [url=mailto etronas@School]Petronas@School[/url] (Outreach) Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kapit, hari ini.
KAPIT: Sebanyak 26 klinik luar bandar meliputi kesemua 12 bahagian di seluruh Sarawak dikenal pasti untuk menerima bantuan keperluan perubatan asas daripada Petronas dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.
Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah MD Rabu berkata, program tersebut diteruskan ke Klinik Kesihatan Kapit dengan sumbangan yang diberikan berupa barangan perubatan dan bukan perubatan.
Menurutnya, terdapat peralatan ini sudah mula digunakan untuk operasi harian klinik ataranya adalah Ultrateck Fetal Doppler, kerusi roda, bacaan tekanan darah, kipas, peti ais, kerusi pejabat serta beberapa barangan lain yang bernilai RM53,000.
"Kami amat berterima kasih kepada SABATI dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kerana merealisasikan projek ini dan bertungkus lumus memastikan barangan keperluan sampai dengan selamat untuk kegunaan komuniti di kawasan Kapit," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Program Discover [url=mailto etronas@School]Petronas@School[/url] (Outreach) Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kapit, hari ini.
Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Norazibah berharap agar sumbangan ini mampu meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja penyedia kesihatan dengan memastikan pesakit menerima rawatan tepat pada waktunya.
" ada masa yang sama, ia diharapkan mampu mengurangkan beban komuniti untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik swasta yang berada jauh dari kawasan ini, terutama sekali jika berlakunya sebarang kecemasan," jelasnya.
Katanya, melalui Program Discover [url=mailto etronas@School]Petronas@School[/url] (Outreach) Kapit misinya adalah untuk meningkatkan usaha pembangunan modal insan, menjadikannya lebih inklusif dan meluas.
"Kami ingin melihat generasi baharu yang profesional dan berkemahiran tinggi, khususnya dari Sarawak.
" etronas yakin bahawa para belia akan menyahut cabaran dan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan teknikal untuk menyumbang kepada kemajuan dan kelestarian Malaysia," ujarnya.
Program tersebut disertai lebih 150 pelajar dan 20 guru pengiring dari empat sekolah menengah di Kapit.
|