CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42051|Reply: 0

[Johor] 18 warga China didakwa berkait aplikasi mesin judi di Gelang Patah

[Copy link]
Post time 4-12-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada 18 lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/Izz Laily

JOHOR BAHRU: Seramai 18 lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pakat jahat jenayah dengan mengadakan aplikasi mesin judi yang menyalahi undang-undang di Gelang Patah, dekat sini, bulan lalu.

Mereka semua mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mereka yang didakwa itu adalah Liu Xiang Long, 34; Li Xinpo, 35; Li Yuncheng, 26; He Hui, 30; Chou Chia Chun, 40; Lu Zaitian, 42; Zhou Xin, 35; Wang Kun, 39; Yu Jiang, 37; Yang Kai, 34; Jin Zhe, 37; Chen Xiping, 36; Zhou Wei, 38; Xie Jicheng, 39; Lian Wenjun, 32; Huang Longwang, 31; Xiang Chengwei, 33 dan Mo Huaixian, 37.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka didakwa bersama-sama adalah pihak kepada suatu pakat jahat jenayah yang bertujuan melakukan sesuatu persetujuan antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang.

Perbuatan itu adalah mengadakan satu aplikasi mesin judi (24 Bet) yang bertentangan dengan Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Perbuatan itu didakwa dilakukan semua tertuduh di Jalan Forest City 1, Lebuhraya Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, 27 November lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif, manakala semua tertuduh diwakili peguam Nur Helmi A Halim.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Januari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, dua premis pejabat di sekitar Iskandar Puteri yang disyaki dijadikan dijadikan sebagai pusat panggilan aktiviti berkaitan judi dalam talian dan tawaran kerja tidak wujud, digempur polis 27 November lalu.

Siasatan mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan terbabit dengan menyasarkan mangsa di luar negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.156258 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list