CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14189|Reply: 0

[Sarawak] Bayi 11 bulan dengan masalah pendengaran perlu implan segera

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode


Ting mendukung Rhea yang memerlukan bantuan untuk membolehkannya mendengar dan bercakap. Turut kelihatan, ibu dan bapanya.

MIRI: Rhea Moh Ning Xuan, 11 bulan, yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, memerlukan bantuan kewangan segera bagi menampung kos mendapatkan implan koklea.

Implan ini akan membantunya mendengar serta bercakap seperti kanak-kanak lain namun pembedahan bagi implan tersebut perlu dilakukan sebelum usia dua tahun.

Ibunya, Janet Teng Ling Sieng, 28, berkata, anak sulungnya itu telah didiagnosis dengan masalah pendengaran sejurus selepas dilahirkan di Hospital Miri.

Satu-satunya penyelesaian kepada masalahnya adalah dengan mendapatkan implan koklea tetapi ia akan menelan belanja sebanyak RM125,000, tidak termasuk pembedahan dan kos lain.

Justeru, beliau dan suaminya, Moh Nien Chong, 31, dan ahli keluarga yang lain telah berusaha mengumpul wang untuk membantu anaknya, namun ia masih tidak mencukupi, menyebabkan mereka kemudiannya mendapatkan bantuan wakil rakyat Piasau iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dann Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.  

“Mereka (keluarga) telah berjaya mengumpul lebih RM70,000, tetapi ia masih jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk pembedahan implan koklea yang akan menelan kos lebih RM125,000,” kata Ting dalam sidang akhbar di Pejabat SUPP Piasau di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi SUPP Piasau dan Setiausaha Agung SUPP merayu kepada orang ramai untuk membantu dengan menderma melalui Persatuan Implan Koklea Sarawak (SCIA).

Ting, yang juga pengerusi persatuan tersebut berharap, orang ramai yang dermawan akan sekali lagi tampil menyokong usaha murni membantu Rhea dengan implan koklea yang boleh mengubah hidupnya daripada seorang yang pekak dan bisu kepada seseorang yang boleh mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

Persatuan tersebut telah membantu tujuh penerima dari Miri, Batu Niah dan Limbang sejak tahun 2012 dan Timbalan Pengerusinya Dr Jack Wong Siew Yu berkata ia telah mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Bendahari SCIA Dr Doris Evelyn Jong Yah Hui yang merupakan pakar perunding perubatan telinga, hidung dan tekak, juga pembedahan kepala dan leher berkata, adalah penting agar pembedahan implan koklea dilakukan tanpa kelewatan sebelum pesakit mencapai usia dua tahun.

Rhea kini berusia 11 bulan dan alat bantu pendengar gagal memberikan hasil yang diinginkan selepas ujian kedua yang dijalankan ke atasnya selepas dia jatuh, sekali gus menunjukkan tahap masalah pendengaran yang teruk.

Dr Doris berkata, ini adalah sebab implan koklea diperlukan untuk membolehkannya mendengar, belajar bercakap dan pergi ke sekolah seperti kanak-kanak normal, di mana kes-kes sebelumnya telah menunjukkan bahawa ini telah berjaya.

"Masa terbaik untuk pembedahan seperti ini adalah apabila kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun kerana ini memberikan mereka peluang yang lebih tinggi untuk mendengar bunyi persekitaran dan belajar bercakap," katanya.

Dr Wong berkata, Hospital Miri menjalankan ujian pendengaran  untuk setiap bayi baru lahir di Hospital Miri dan ini telah membantu mengesan bayi dengan masalah pendengaran lebih awal untuk membuka jalan bagi langkah-langkah intervensi awal.

Sementara itu, Ting mengharapkan rakyat Sarawak yang prihatin untuk membantu mengubah kehidupan Rhea dengan menyumbang kepada usaha pengumpulan dana tersebut.

Mereka yang dermawan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan dan Maklumat SAHATI atau menderma terus ke nombor akaun Bank Alliance 110270010015028.
"Derma akan dikemas kini setiap hari dan orang ramai akan dimaklumkan.

"Kami akan menutup pengumpulan dana ini sebaik sahaja mencapai sasaran kutipan RM55,000," katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.216937 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list