CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33251|Reply: 0

[Sarawak] Istiadat Konvokesyen UiTM turut iktiraf semangat juang graduan mengharungi cabaran semasa PKP

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode


Nurul Fatiha (tengah), suaminya Luqman (kiri) bersama anak mereka merakam kenangan selesai Istiadat Konvokesyen di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak semalam. - Gambar Chimon Upon

KOTA SAMARAHAN: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-100 di UiTM Cawangan Sarawak hari ini bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, tetapi juga mengiktiraf semangat juang graduan yang berjaya mengharungi cabaran besar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Bagi ramai graduan, pengalaman belajar dalam tempoh PKP adalah ujian besar yang memerlukan adaptasi dan ketabahan.

Menurut Nurul Fatiha Dahlim, 26, seorang graduan Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat, pembelajaran secara dalam talian memaksa pelajar untuk mencari cara baharu berkomunikasi dengan pensyarah serta rakan sekumpulan, terutama ketika menyelesaikan tugasan kuliah.

Beliau berkongsi pengalaman sukar namun penuh makna semasa PKP yang mengajarnya untuk lebih berdikari, menggunakan teknologi dengan lebih efektif dan tetap fokus pada matlamat.

“Cabaran utama semasa PKP adalah masalah sambungan Internet. Kelas boleh dihadiri secara dalam talian tetapi kami menghadapi kesukaran berkomunikasi dalam tugasan kumpulan kerana tidak dapat berjumpa secara bersemuka.

“Kami terpaksa mencari penyelesaian terbaik untuk masalah sambungan Internet,” katanya ketika ditemui pemberita selesai Istiadat Konvokesyen di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, suami Nurul Fatiha iaitu Luqman Hakim, 29, berkata, pendidikan dianggap sebagai pelaburan terbaik untuk masa depan dan atas sebab inilah dia mendorong isterinya untuk terus menyambung pengajian.

“Saya jenis yang memang pentingkan pelajaran. Jadi pada masa itu sekitar tahun 2020, kami sudah bertunang dan sebelum berkahwin, saya rasa lebih baik dia menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

“Saya banyak memberi sokongan moral kepadanya dan kalau dia tak tahu bagaimana nak gunakan sistem UiTM seperti portal pelajar, saya sedia membantu,” kata Luqman.


Mohamad Azizan memegang skrol selesai majlis hari ini.

Dalam pada itu, graduan Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat yang berbangsa Kedayan, Mohamad Azizan Jami, 27, turut berjaya mengatasi cabaran pembelajaran semasa PKP dan akhirnya menggapai Anugerah Naib Canselor (ANC), membuktikan semangat juangnya yang tinggi dalam menghadapi segala kesulitan.

Mohamad Azizan yang berasal dari Limbang berkata, dia berhadapan dengan situasi sukar semasa PKP, dengan kesemua pembelajaran dan tugasan dilakukan secara dalam talian.

“Ini adalah cabaran utama yang kami hadapi. Kami hanya mula belajar secara bersemuka pada semester keempat.

“Bagaimanapun saya berasa gembira dan bersyukur dengan keputusan ini, terutama sekali kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya ketika ditanya mengenai perasaannya setelah menerima ANC tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list