CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33393|Reply: 0

[Kedah] Saman RM1 bilion: Tinggal sehari lagi untuk Sanusi mohon maaf

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-12-2024 04:58 PM

Saman RM1 bilion: Tinggal sehari lagi untuk Sanusi mohon maaf

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
05 Disember 2024 04:12pm





Azizul (dua dari kiri) semasa menyertai misi bantuan pasca banjir Majlis Belia Negeri Kedah bersama badan bukan kerajaan di Kampung pasir, Kepala Batas, dekat Jitra pada Khamis.




JITRA - “Saya beri tempoh 10 hari untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi minta maaf. Sekarang dah hari kesembilan, dan belum ada jawapan.

“Jika tiada jawapan dalam sepuluh hari, kita terpaksa saman supaya dia jawab di mahkamah,” kata Pengerusi Eksekutif DSAT Group Sdn Bhd, Datuk Seri Azizul Tandek berhubung perkembangan surat tuntutan (LOD) yang diserahkan pada 24 November lalu.


Menurutnya, tuntutan yang dibuat adalah sebagai ganti rugi kepada punca pendapatannya yang terjejas akibat kenyataan dibuat pemimpin tersebut.

Azizul berkata, mereka yakin untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya MB Kedah tidak memberikan maklumbalas kepada LOD yang dihantar peguamnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Khamis selepas menyertai misi bantuan pasca banjir Majlis Belia Negeri Kedah bersama badan bukan kerajaan di Kampung pasir, Kepala Batas, di sini.


Jelas Azizul, berdasarkan situasi semasa, DSAT Group mempunyai kelebihan di dalam isu tersebut dan barisan peguamnya juga telah bersedia untuk membawa kes berkenaan jika masih tiada jawapan dari Muhammad Sanusi.


“Saya rasa dia senyap adalah satu kelebihan kepada kita mungkin dia tidak ada jawapan ataupun pura-pura tidak mahu jawab, harap dia jawablah,” ujarnya.

Pada 25 November lalu, Sinar Harian melaporkan DSAT Group telah pun menyerahkan LOD kepada Muhammad Sanusi melalui peguam mereka, Tetuan Gunaseharan & Linda berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi pada 7 November lalu di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).


DSAT GROUP dan Mahsuri Medical Centre (MMC) mengemukakan surat tuntutan ini bagi menuntut agar MB Kedah itu memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataannya dan membayar ganti rugi sebanyak RM1 bilion

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diberikan tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.


https://www.sinarharian.com.my/article/700653/berita/semasa/saman-rm1-bilion-tinggal-sehari-lagi-untuk-sanusi-mohon-maaf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.493275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list