CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43887|Reply: 0

[Johor] Bakul rezeki bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 5-12-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode

Bakul rezeki yang tersedia Econsave Cash and Carry seluruh negara bagi memberi peluang pelanggan pasar raya itu menyantuni mangsa banjir di Pantai Timur.

Johor Bahru: Pelanggan Econsave Cash And Carry di seluruh negara berpeluang meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur dengan menyalurkan barangan keperluan dan makanan kering.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, usaha pihaknya mewujudkan bakul rezeki bertujuan menyantuni mangsa banjir yang terjejas teruk dalam bencana terbabit.



Beliau berkata, kira-kira 90 cawangan pasar raya itu di seluruh negara melaksanakan usaha mengumpul barangan bagi bakul rezeki sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, orang ramai boleh menyumbang makanan kering, lampin pakai buang bayi selain pek kebersihan di ruangan disediakan.

"Kami merancang untuk mengumpul barangan selama seminggu sebelum dihantar ke kawasan Pantai Timur.

"Sebelum ini kami juga menjalankan usaha mengumpul pakaian terpakai bagi mangsa banjir.

"Sebanyak 18 tan pakaian terpakai itu akan dihantar dari Johor ke Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, inisiatif mengumpul pakaian itu dilaksanakan di beberapa cawangan Econsave di Johor.

"Usaha itu disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang bersimpati dengan nasib mangsa banjir yang kehilangan harta benda san sebagainya.

"Kami berterima kasih kepada semua penyumbang," katanya


Disiarkan pada: Disember 5, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059316 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list