CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39546|Reply: 0

[Kedah] Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global

[Copy link]
Post time 5-12-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-12-2024 08:25 PM

Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global

ROSHILA MURNI ROSLI
05 Disember 2024 05:55pm





Lih Kang (dua dari kanan) meneliti produk pembungkusan terbiodegradasi untuk sektor makanan dan minuman yang dihasilkan daripada sisa jerami padi ketika diberikan penjelasan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Free The Seed, Ramaness Parasuraman (kiri) dan diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak (dua dari kiri).




GURUN - Penghasilan ‘emas hijau’ atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di sini dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta apabila diedarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa mulai tahun depan.

Pengeluaran produk hasil kerjasama awam-swasta antara Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) dan syarikat berstatus BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd (Free The Seed) itu bakal memacu industri terbiodegradasi negara melalui pemprosesan sisa jerami padi menggunakan enzim bioteknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pihaknya menyokong penuh usaha pengeluaran produk pembungkusan terbiodegradasi yang bakal diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara seperti Jerman, Belanda, Jepun dan United Kingdom pada 2025.

]
Lih Kang (tengah) bersama Ramaness (kiri) dan Mohd Khairul Fidzal menunjukkan produk pembungkusan terbiodegradasi daripada sisa jerami padi menggunakan kaedah bioteknologi.




Katanya, kerjasama itu juga berjaya meningkatkan rantaian nilainya yang lebih besar apabila mewujudkan peluang pendapatan tambahan kepada pesawah dan komuniti setempat.


“Seramai 618 pesawah terlibat dalam projek ini dan penglibatan itu dijangkakan meningkat kepada 3,700 pesawah apabila operasi sepenuhnya dimulakan pada tahun depan,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke fasiliti Free The Seed di sini pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Free The Seed, Ramaness Parasuraman.


Menurutnya, lanjutan daripada kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan Free The Seed, pesawah dari kawasan itu dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM3 juta setahun bermula tahun 2025 hasil daripada penjualan sisa jerami padi.




“Ini membuktikan potensi besar bioteknologi dalam mengubah sisa jerami padi menjadi ‘emas hijau’ yang memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan peladang, mencipta peluang pekerjaan, memacu ekonomi kitaran, dan menyokong kelestarian alam sekitar, selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 dan agenda pembangunan mampan negara,” katanya.

Jelasnya, Kedah kini bukan sahaja pengeluar utama padi di Malaysia tetapi juga menjadi hab pemprosesan sisa jerami padi yang diubah menjadi 'emas hijau' menerusi aplikasi bioteknologi.

Sementara itu, Mohd Khairul Fidzal berkata, kerjasama itu dijangka meningkatkan pengeluaran produk pembungkusan terbiodegradisasi berjumlah 120 juta unit setahun untuk pasaran sektor perubatan, makanan, perindustrian dan elektronik.


“Pada awalnya pengeluaran produk tertumpu kepada pembungkusan makanan dan penjagaan kesihatan untuk dieksport tetapi kini berjaya memasuki sektor baharu termasuk penjagaan kesihatan tempatan, industri semikonduktor dan industri tenaga mampan,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, pengembangan operasi hasil kerjasama dua pihak berkenaan juga berjaya mewujudkan sebanyak 120 peluang pekerjaan baharu dengan 30 peratus daripadanya terdiri daripada pekerja berkemahiran TVET.

"Melalui sesi libat urus industri serta akses kepada pihak berkepentingan dalam sektor awam dan swasta, Bioeconomy Corporation telah menyokong Free The Seed dalam mengembangkan pasarannya.

“Sokongan ini membantu Free The Seed meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang dalam sektor-sektor ini,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/700680/berita/nasional/sisa-jerami-padi-hasilkan-produk-kelestarian-industri-di-peringkat-global


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list