CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10978|Reply: 0

[Kedah] Kuda pun ada 'perasaan'

[Copy link]
Post time 6-12-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-12-2024 12:31 PM

Kuda pun ada 'perasaan'

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
06 Disember 2024 10:15am




Muhammad Rizuan (tengah) bersama pelajar Madad Horse Academy.




SUNGAI PETANI - Kuda dikatakan sejenis mamalia yang mempunyai naluri kuat dan mampu bertindak balas segera terhadap seseorang dalam situasi tertentu.

Jurulatih Murtadha Dakwah Centre (Madad) Horse Academy, Muhammad Rizuan Abd Wahab berkata, naluri kuda dipercayai mampu mengesan perasaan seseorang individu terhadapnya sekali gus berupaya bertindak agresif sekiranya berada dalam keadaan tekanan.


Menurutnya, pelajar di Madad Horse Academy sentiasa diingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan kuda memandangkan haiwan berkenaan mampu menyerang sekiranya terasa terancam.

]
Muhammad Rizuan ketika ditemui di Madad Horse Academy baru-baru ini.




"Kuda boleh kesan hati seseorang, jika kita dalam keadaan takut-takut, kuda akan 'attack', kalau kita dalam keadaan berani, suci hati, bersih, kuda akan tenang.


"Kena faham kuda...ia sejenis binatang yang boleh bertindak secara tiba-tiba sekiranya terkejut sehingga boleh menendang, menggigit atau mencederakan, itu yang selalu saya pesan," jelasnya.

Menurutnya, aspek keselamatan paling dititik beratkan sebelum memegang, mengendali atau menunggang kuda.


"Sebelum menunggang, pelajar perlu memahami situasi kuda terlebih dahulu... kita boleh tahu jika kuda marah, 'badmood' atau sakit yang diterjemah melalui telinganya," jelasnya.



Menurut Muhammad Rizuan, jika telinga kuda ke hadapan bererti ia dalam keadaan cergas dan sihat, jika telinga ke tepi bererti mengantuk atau bosan, sekiranya telinga ke belakang bermaksud kuda dalam keadaan marah dan perlu sentiasa waspada.

Jika menyedari kuda dalam keadaan marah atau agresif, pelajar perlu mententeramkan haiwan berkenaan terlebih dahulu sebelum berlatih.

]
Setiap pelajar perlu memahami situasi dan keadaan kuda sebelum mengendalikan haiwan berkenaan.



Bercerita lanjut pengalamannya selama kira-kira 10 tahun dalam sukan berkuda dan pernah mewakili pasukan Malaysia dalam Horseback Archery World Cup 2023 dengan kejayaan menduduki tempat keempat keseluruhan menjelaskan, kini sedang melatih lapan pelajar di akademi berkenaan bagi mencapai sasaran seterusnya.


Setakat ini, ujarnya, beberapa kejohanan yang dijuarai telah menaikkan nama Madad Horse Academy sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Oktober lalu, Muhammad Fateh Ar Rayyan Mohd Yaakub Yusra, 10, telah dinobatkan Johan bagi kategori 80KM Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024.

"Selain itu, Muhammad Izz Danish Izzuan Mokh Khusairi, 14, diumumkan johan dan Muhammad Ayish Khairi Mohd Khir, 13, tempat keempat bagi kategori Dressage Preliminary pada perasmian PEQ Academy di Sungai Buloh Selangor, 1 Disember lalu.

"Manakala, Muhammad Mirza Mohamad Mubarak, 12, diumumkan naib johan dan Danial Ashraaf Ahmad Shabuddin, 14, menduduki tempat kelima bagi kategori Dressage Preparatory acara sama,"ujar beliau.

Selain itu, tiga lagi pelajar akademi berkenaan ialah Muhd Danish Irfan Naufal Khairul Nizam, 13, Abdullah Al-Faqih Yaakob, 12 dan Muhamad Atef Mohd Muzamil, 14, turut diasah bakat untuk kejohanan seterusnya dimana kos pembelajaran dan latihan ditaja sepenuhnya oleh Madad.


Jelasnya, kesemua pelajarnya telah pun mahir mengendalikan kuda masing-masing biarpun kadang kala haiwan terbabit berada dalam keadaan agresif.


"Mereka ni semua dah pandai pujuk, belai dan jaga perasaan kuda, kerana itu mereka boleh 'handle' sehingga berjaya dalam kejohanan berprestij yang disertai walaupun akademi ini baharu ditubuhkan tahun lalu.


"Saya berharap mereka mampu mengekalkan momentum agar terus kekal beraksi cemerlang seterusnya membawa nama Malaysia ke peringkat dunia sehingga berupaya mengalahkan Mongolia yang terkenal dengan kehandalan dalam sukan berkuda sejak sekian lama," jelasnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/700746/edisi/utara/kuda-pun-ada-perasaan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list