CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10480|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gudang usang rupanya kilang proses arak tiruan

[Copy link]
Post time 6-12-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-12-2024 01:03 PM

Gudang usang rupanya kilang proses arak tiruan

MOHD ISKANDAR OTHMAN
06 Disember 2024 12:31pm




Mohd Suffian (tengah) bersama pegawai KPDN Pulau Pinang menunjukkan botol arak tiruan yang ditemui dalam sebuah stor di kawasan gudang usang di Permatang Batu.




BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang membongkar kegiatan memproses arak tiruan yang dilakukan di kawasan gudang usang di Permatang Batu di sini, pada petang Khamis.

Kejayaan itu susulan serbuan terhadap sindiket penyelewengan masakan barangan kawalan dan bersubsidi termasuk minyak masak, gula dan tepung di kawasan sama pada sebelah pagi.


Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Negeri, Mohd Suffian Mohd Abbas berkata, hasil pemeriksaan lanjut di kawasan berkenaan menemui sebuah stor dan kontena yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV) dalam keadaan mencurigakan.

]
Mohd Suffian (tengah) bersama pegawai KPDN Pulau Pinang menunjukkan botol arak tiruan yang ditemui dalam sebuah stor di kawasan gudang usang Permatang Batu.




Menurutnya, selepas berjaya memecahkan kunci pintu stor dan kontena terbabit, pihaknya menemui 16,513 botol arak pelbagai jenama yang disyaki tiruan, 900 liter cecair alkohol serta 26,815 botol kaca kosong tanpa label.


"Turut ditemui satu unit mesin semi automatik aluminium yang digunakan untuk menutup botol, pelekat ‘duty paid’ kastam tiruan serta, pelekat botol pelbagai jenama arak.

"Kita percaya stor terbabit digunakan sebagai tempat memproses dan membungkus arak tiruan yang disyaki untuk pasaran tempatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan pada Jumaat.




]
Lima tong plastik yang mengandungi cecair dipercayai alkohol turut ditemui di stor berkenaan.




Mohd Suffian, kesemua barang-barang berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.018 juta.

Beliau menegaskan, pihaknya sedang mengenal pasti pemilik dan penyewa stor berkenaan dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dan dipakai dengan salah.

]
Arak pelbagai jenama turut ditemui dalam kontena.




Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) ini, bagi individu denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap satu barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi pertubuhan atau syarikat denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap satu barang, jika sabit kesalahan.


Pada Khamis media melaporkan KPDN Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sindiket menyeleweng barangan kawalan dan bersubsidi yang dijalankan dalam gudang di Permatang Batu.


Dalam serbuan berkenaan, pihak KPDN berjaya merampas 6,371 kilogram (kg) minyak masak, 18,100 kg gula pasir dan 1,100 kg tepung gandum bernilai RM80,500.


https://www.sinarharian.com.my/article/700782/berita/semasa/gudang-usang-rupanya-kilang-proses-arak-tiruan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050584 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list