CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11438|Reply: 0

[Kedah] Terjun laut elak ditahan dengan dadah RM3.5 juta

[Copy link]
Post time 6-12-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Terjun laut elak ditahan dengan dadah RM3.5 juta

Oleh Hamzah Osman - Disember 6, 2024 @ 2:26pm[email protected]




Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari (empat dari kanan) diiringi Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari (empat dari kiri) menunjukkan sebahagian 107.6 kilogram dadah syabu bernilai RM3.5 juta yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN.




LANGKAWI: Cubaan dua lelaki untuk menyeludup 107.6 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM3.5 juta gagal selepas dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Pulau Lima, di sini.

Mereka berjaya dikesan pada 11 malam Isnin lalu, namun kedua-duanya bertindak terjun laut untuk melarikan diri.

Komander PPM, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, dadah berkenaan disorokkan dalam 102 paket teh Cina dan dimuat dalam sebuah bot gentian kaca.

"Pergerakan bot mencurigakan itu dikesan oleh PPM yang melakukan operasi khas membabitkan dua pegawai dan 32 anggota yang menaiki enam bot ronda, selepas menerima aduan awam.

"Berlaku aksi mengejar dalam tempoh 45 minit dan kedua-dua suspek mencampakkan objek ke dalam laut selain bertindak terjun dalam cubaan meloloskan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Rusley berkata, pemeriksaan menemui 102 ketulan dadah jenis Methamphetamine seberat 107.581kg bernilai RM3,550,173 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dan Langkawi sebagai tempat transit.

"Kita percaya jenayah ini dilakukan oleh sindiket antarabangsa dan memang aktiviti haram ini sentiasa dalam pengawasan PPM dan pasukan keselamatan lain di negara ini, masa sama turut dibantu pasukan keselamatan negara jiran," katanya.

Beliau berkata, sekiranya dadah ini terlepas, ia boleh digunakan oleh 200,000 penagih dadah.

"Operasi mengesan dua suspek masih berlangsung dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1333606/terjun-laut-elak-ditahan-dengan-dadah-rm35-juta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list