CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12324|Reply: 0

[Sarawak] Kematian lelaki di pangsapuri akibat kecederaan parah susulan tetakan di badan

[Copy link]
Post time 6-12-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kematian seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Tapang, di sini disahkan akibat kecederaan parah susulan tetakan di beberapa bahagian badan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz (gambar) selepas mendapat laporan bedah siasat mayat mangsa yang selesai pada kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.

“Laporan bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah akibat tetakan di beberapa anggota badan,” katanya semasa dihubungi, hari ini.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada awal 1 Disember lalu iaitu sekitar jam 4 pagi, polis menerima laporan kejadian pergaduhan di pangsapuri tersebut.

Setibanya pasukan polis di lokasi, didapati mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemui terbaring di dalam sebuah bilik dengan kesan tetakan.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga suspek dan permohonan reman telah diluluskan mahkamah selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dijalankan.

Sehingga berita ini ditulis, Mohd Irwan mengesahkan tiada tangkapan baharu namun pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek lain yang kini masih giat dijejaki.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan ASP Sylvarius Gopog di talian 013-8637241 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.268464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list