RAMAH: Shahelmey bertemu dengan penghuni semasa hadir pada gotong royong terbabit.
PUTATAN: Wakil Rakyat Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya melakukan gerak kerja tinjauan santai @ Walkabout ke Apartmen Pasir Putih Fasa Tiga semasa kira-kira 100 penghuni sedang melakukan gotong royong membersihkan persekitaran apartment dalam usaha membasmi pembiakkan nyamuk aedes.
Usaha itu dilakukan susulan berlakunya wabak demam denggi di Taman Pasir Putih Fasa Satu yang terletak tidak jauh dari apartment berkenaan.
Atas kesedaran penghuni yang pernah mengalami wabak berkenaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Putatan melaksanakan gerak kerja kemasyarakatan sebagai langkah waspada mengelak berlakunya wabak denggi dalam kalangan 352 unit rumah di kawasan berkenaan.
Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Sabah juga berkesempatan menyantuni dan bermesra dengan penghuni semasa mereka melakukan kerja gotong royong berkenaan.
|