CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12505|Reply: 0

[Sabah] Hari Baurung-Urung PAPIM 25 Disember ini

[Copy link]
Post time 6-12-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode


AHLI: Ahmad menyerahkan kad keahlian sebagai penaung kepada Mohd Arifin sambil diperhatikan oleh AJK PAPIM selepas kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Kg Pimping Di Pantai Barat (PAPIM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Ahmad Dipong membuat kunjungan hormat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri di sini.

Kunjungan ini bagi menjemput Mohd Arifin yang juga Penaung PAPIM untuk merasmikan Hari Keluarga (Baurung-Urung) PAPIM 2024 di Pantai Pasir Pimping Membakut pada 25 Disember depan.

Ahmad berkata, program ini julung kali PAPIM selepas Mesyuarat Agung Kali Pertama badan bukan kerajaan ini sejak ia didaftarkan dalam Pendaftaran Pertubuhan (Ros) sejak tiga tahun lalu.

“Semasa kunjungan ini, kita memaklumkan perancangan yang akan diadakan sepanjang tahun hadapan selepas Hari Keluarga ini.

“Ia termasuklah ziarah kebajikan kepada kaum keluarga ahli-ahli PAPIM yang sakit dan uzur di sekitar pantai barat ini,” katanya.

Bercakap lanjut beliau berkata, antara pengisian acara Hari Baurung-Urung yang akan dipengerusikan oleh Nur Isham Narawi termasuklah senaman pagi, gotong royong membersihkan surau , tarik tali, melastik, bawa bola ping pong dalam sudu, boling piasau (kelapa) cucuk benang di jarum, karaoke dan lain-lain.

“Pelbagai hadiah- hadiah akan di sediakan oleh pihak penganjur dan saya berharap ahli-ahli PAPIM dan keluarga datang beramai- ramai pada program secara santai itu.

“Pendaftaran ahli baharu juga akan diadakan pada masa program itu kelak,” katanya.

Beliau juga memaklumkan PAPIM juga sedang mendapatkan tajaan van jenazah untuk kegunaan ahli-ahli PAPIM dan keluarga terdekat apabila berlakunya kematian di ibu kota untuk membawa balik jenazah ke kampung.

"Dengan adanya van jenazah ini, kita tidak perlu lagi memanggil atau mendatangkan van jenazah dari kampung," katanya.

Beliau berkata, khidmat van jenazah ini adalah percuma dan terpulang kepada ahli untuk menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu yang menjalankan khidmat van ini.

"Kita sudah berbincang dan berunding dengan seorang hamba Allah yang bersedia memberikan khidmat van jenazah ini dengan kerjasama PAPIM," katanya.
Ahmad turut menyampaikan kad keahlian PAPIM kepada Mohd Arifin selaku Penaung Persatuan itu.

Turut hadir Setiausaha Politik beliau, Ab Wahid Abd Razak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.692942 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list