CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14534|Reply: 0

[Sabah] Bahaya, kesan pembunuhan karakter

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

HUJAN dan banjir kilat di sekitar ibu negeri beberapa hari lalu, masih tidak dapat menyejukkan suhu politik Sabah yang memanas mutakhir ini.

Malah bahangnya kian terasa dengan pelbagai desakan keras dan kritikan pedas, dari berbagai penjuru politik setanah air.

Lantas medan politik Sabah yang penuh intrik menjadi tumpuan, sedang suasana kini sepatutnya aman damai di penghujung tahun sebagaimana kelaziman menjelang kedatangan Hari Natal.

Semuanya mungkin disebabkan deru angin pilihan raya negeri ke-17 yang semakin kencang bertiup akibat digoncang dari berbagai arah.

Belum pun wisel pilihan raya ditiup, serangan demi serangan sudah dilancarkan bertubi-tubi.

Bagaikan mortar dan peluru berpandu, serangan mengarah ke sasaran tepat di kubu pertahanan kerajaan.

Taktikal perang gerila diadaptasi dalam serangan psikologi. Begitu operasi ofensif dilancarkan pada targetnya -- para panglima dan komander batalion politik.

`Character assassination' atau pembunuhan karakter kini mewarnai gelanggang politik Sabah, dan disebarkan secara meluas menerusi platform media sosial.

Dengan kecanggihan teknologi dunia kini, ia seperti tidak terbendung lagi.

`Character assassination' merujuk kepada tindakan merosakkan reputasi seseorang dengan menyebarkan maklumat palsu, tuduhan atau kritikan yang bertujuan menjatuhkan maruah dan kepercayaan terhadap individu berkenaan.

Ia sering kali dijadikan senjata untuk menjatuhkan musuh, sekaligus menggugat kestabilan dan keharmonian. Ia adalah serangan yang menyasar kepada akar peribadi seseorang, menghancurkan maruah dan martabat individu tersebut di mata dunia.

Bagaikan bayang-bayang gelap yang merayap, ia menyusup masuk ke dalam jiwa rakyat, meracuni pandangan mereka terhadap pemimpin yang sepatutnya mereka hormati.

Pembunuhan karakter adalah satu bentuk pencemaran moral yang memburukkan watak seorang pemimpin politik dengan niat jahat.

Di sebalik serangan demi serangan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor, komited untuk terus mengemudi pentadbiran kerajaan dan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman atau gugatan terhadap kestabilan politik negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbirannya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan dan kejujuran.

"Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera," katanya.

Merujuk isu yang tular menerusi rakaman video itu, Hajiji berkata penyebaran beberapa klip video termasuk terbaharu yang berkaitan dakwaan pemberian lesen melombong  mineral adalah usaha untuk mengancam kerajaan negeri.

Beliau menegaskan sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat.

"Kerajaan negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak. Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong diberikan adalah tidak benar sama sekali.

"Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan 'prospecting license' untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral," katanya.

Beliau berkata isu berkenaan dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari bahawa politik adalah ruang untuk mengutamakan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Pembunuhan karakter yang berlaku hanya akan memperlahankan proses ini, dan menangguhkan cita-cita besar untuk mencapai keadilan dan kesejahteraan.

Hanya dengan menghargai kebenaran dan menghormati maruah setiap individu, kita dapat membina sebuah sistem politik yang sihat dan bermaruah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051763 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list