CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70864|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permohonan status Bumiputera masyarakat India Muslim diproses ikut perlembagaan - PM

[Copy link]
Post time 7-12-2024 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Permohonan status Bumiputera masyarakat India Muslim diproses ikut perlembagaan - PM

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]




ANWAR (tengah) bersalaman dengan tetamu hadir Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Liga Muslim Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong.




Bayan Lepas: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipertanggungjawabkan untuk mengurus isu 'penolakan' permohonan pengiktirafan status Bumiputera masyarakat India Muslim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan permohonan sama ada diluluskan atau tidak, perlu melalui proses perlembagaan biasa mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Katanya, tiada juga tempoh masa tepat untuk memuktamadkan perkara itu kerana permohonan diproses secara individu.

"Perkara itu (permohonan status Bumiputera) mengikut proses perlembagaan yang biasa. Sama ada seseorang itu layak atau tidak, mereka perlu mematuhi proses biasa.

"Ia permohonan individu, (jadi) bukan berkaitan kerangka masa. Ini bergantung kepada permohonan individu, bukan secara berkumpulan atau pertubuhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Liga Muslim Pulau Pinang di sini, hari ini.

Anwar berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan melihat perkara yang dibangkitkan tersebut.

Terdahulu pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kelulusan peruntukan RM250,000 kepada Liga Muslim Pulau Pinang bagi membantu memperkasakan program latihan keusahawanan serta inisiatif pembangunan generasi muda komuniti itu terutama dalam aspek digital.

Beliau berharap semua peluang yang disediakan kerajaan dalam bidang berkenaan direbut dan dimanfaatkan sepenuhnya agar tidak melebarkan jurang antara golongan elit kaya dengan masyarakat umum.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Seri Haja Najmudeen Abd Kader.

Haja Najmudeen mengutarakan masalah permohonan status Bumiputera yang didakwa tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, penolakan permohonan memberi kesan kepada kehidupan mereka terutama dalam aspek pendidikan dan ekonomi.



Disiarkan pada: Disember 6, 2024 @ 11:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163436/permohonan-status-bumiputera-masyarakat-india-muslim-diproses-ikut




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list