CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64792|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM luluskan RM50 juta geran padanan Penang Silicon Design @5km

[Copy link]
Post time 7-12-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-12-2024 12:23 PM

PM luluskan RM50 juta geran padanan Penang Silicon Design @5km

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 Disember 2024 11:17am





Anwar




GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan geran padanan sebanyak RM50 juta kepada Penang Silicon Design @5km dalam merevolusikan industri semikonduktor di Malaysia.

Penang Silicon Design @5km diterajui oleh kerajaan Pulau Pinang menerusi agensi utamanya, InvestPenang

Inisiatif baharu ini menandakan satu lonjakan penting ke arah bahagian hadapan rantaian nilai semikonduktor sekali gus mempercepatkan revolusi kecerdasan buatan (AI) dan memacu negara ke barisan hadapan dalam inovasi teknologi global.

]
Anwar menandatangani plak pada Majlis Perasmian GBSTechSpace sebagai Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon di Hotel Eastin pada Sabtu.




Anwar berkata, Penang Silicon Design @5km merupakan satu inisiatif besar yang akan meletakkan Malaysia sebagai pusat penting semikonduktor di Asia.


"YB Chow (Ketua Menteri) ada membuat permohonan (dana), tidak lah terlalu besar, sekitar RM12 juta setahun, RM60 juta untuk lima tahun. Jika saya Ketua Menteri, saya minta RM200 juta.

"Ini kerana saya menganggap inisiatif ini akan membanggakan untuk Pulau Pinang dan Malaysia. Ia juga melambangkan satu langkah yang mampu membuktikan kekuatan kita dan kekukuhan ekonomi kita.


"Bagaimanapun Chow tahu kekangan kerajaan, maka saya luluskan RM50 juta kepada Penang Silicon Design @5km yang akan membantu untuk memudahkan inisiatif ini," katanya dalam ucapan perasmian Penang Silicon Design @5km di Hotel Eastin di sini pada Sabtu.


Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri strategik untuk melebarkan industri semikonduktor yang mana inisiatif tersebut dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai tapak hab semikonduktor yang menjurus ke arah rekacipta cip dan berlatarbelakangkan daya rekaan inovasi.

Sementara itu, Kon Yeow dalam ucapannya berkata, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kerajaan negeri komited untuk memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang dalam rantaian nilai global.


Menurutnya, seiring dengan usaha menarik pelaburan strategik adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan negeri untuk mencipta prasarana dan persekitaran kondusif bagi menyokong aktiviti-aktiviti berimpak tinggi.


"Dengan kehadiran lebih 350 syarikat antarabangsa (MNC) dan 4,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) beroperasi di Pulau Pinang, negeri ini juga kini menempatkan lebih 30 syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC), jumlah tertinggi di Malaysia, dengan sektor ini dijangka mencapai nilai USD84.16 bilion menjelang 2030.

"Pulau Pinang juga mencatatkan hampir RM20 bilion pelaburan dalam sektor perkhidmatan antara 2019 hingga 2023, menyumbang 9 peratus daripada keseluruhan pelaburan negeri," katanya.

Jelas Kon Yeow, melihat kepada potensi besar sektor ini, Penang Silicon Design @5km diperkenalkan sebagai langkah proaktif untuk melonjakkan kedudukan Pulau Pinang dalam industri reka bentuk litar bersepadu.

"Konsep unik ini menyatukan semua aktiviti dan ekosistem IC dalam radius 5 kilometer, menyokong pertumbuhan ekonomi negeri melalui penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan pelaburan dan pembangunan teknologi mampan," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/700932/berita/nasional/pm-luluskan-rm50-juta-geran-padanan-penang-silicon-design-5km


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list