CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63071|Reply: 0

[Kedah] 7 daerah sekitar lembangan Sungai Kedah, Sungai Muda berisiko banjir gelombang kedua

[Copy link]
Post time 7-12-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode
7 daerah sekitar lembangan Sungai Kedah, Sungai Muda berisiko banjir gelombang kedua

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 7, 2024 @ 12:55pm [email protected]




Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain (kiri) melakukan pemantauan di Sungai Kedah yang tejejas akibat banjir minggu lalu. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Beberapa kawasan di tujuh daerah sekitar negeri ini dijangka berisiko dilanda gelombang kedua banjir susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bermula esok hingga 11 Disember ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata risiko banjir di tujuh daerah itu dijangka berlaku membabitkan 13 sungai di dua lembangan iaitu Sungai Kedah dan Sungai Muda.

Untuk lembangan Sungai Kedah, ia membabitkan daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kota Setar, manakala lembangan Sungai Muda meliputi Sik, Baling, Kulim dan Kuala Muda.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini melakukan persediaan awal, selain mengambil sikap berhati-hati serta peka dengan perkembangan semasa.

"Ketika banjir sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran tahap jingga, tetapi untuk hujan berterusan bermula esok amaran dikeluarkan hanya pada tahap waspada.

"Meskipun situasi banjir yang dijangka berlaku mungkin tidak seburuk seperti sebelum ini, semua pihak perlu mengambil sikap berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan," katanya ketika ditemui pada sidang media di Sungai Kedah di Lebuhraya Darul Aman, di sini hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, ketika ini pelbagai pihak sudah membuat persiapan rapi termasuk menilai semula pusat pemindahan sementara (PPS) yang sebelum ini turut terjejas banjir seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, dekat sini.

Katanya, PPS berkenaan mungkin tidak lagi akan menjadi keutamaan selepas ini dan akan digantikan dengan PPS lain yang lebih selesa untuk mangsa banjir.

"Pada masa ini masih terdapat dua daerah masih terjejas banjir iaitu Kubang Pasu dan Kota Setar yang membabitkan 14 PPS yang memberikan perlindungan kepada 566 keluarga serta 1,856 mangsa.

"Selain itu, terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir termenung dan kami difahamkan JPS sedang bertungkus-lumus mengalirkan banjir itu ke kawasan lain," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333938/7-daerah-sekitar-lembangan-sungai-kedah-sungai-muda-berisiko-banjir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list