CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22113|Reply: 0

[Johor] Roll Call lebih kerap di UPNM

[Copy link]
Post time 9-12-2024 07:11 AM | Show all posts |Read mode

Mohamed Khaled Nordin.

Kota Tinggi: Roll Call atau panggilan nama lebih kerap akan dibuat terhadap kadet di Akademi Latihan Kententeraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bagi memastikan insiden buli tidak berterusan di institusi berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian tidak akan berkompromi dan bertindak tegas bagi memastikan insiden buli di UPNM dihentikan.

"Sewaktu berada di ALK, kadet-kadet yang juga pelajar UPNM tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat akan bergaul dan tinggal di kediaman sama.

"Biasanya di sini (ALK) berlaku insiden tidak diingini (buli) kerana tiga hingga empat tahun meraka bersama, kerana mereka tahu siapa senior dan junior.

"Oleh itu, kita akan kerap buat 'roll call' selain pasang kamera litar tertutup (CCTV) lebih banyak di ALK.

Jika berlaku sebarang insiden seperti gaduh, buli maka akan selalu diadakan 'roll call' mengejut pada bila-bila masa yang perlu

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Asing Timur, di sini, hari ini.

Pada 3 Disember lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaporkan menitahkan supaya budaya penderaan di UPNM perlu dihentikan serta-merta.

Sultan Ibrahim dalam titah sulung selaku Canselor UPNM dilaporkan meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.

Sebelum itu pada 27 November media melaporkan Majlis Angkatan Tentera (MAT) bersetuju menamatkan pengajian lima pegawai kadet dari UPNM yang terbabit dalam tiga kes buli di universiti berkenaan.

Pegawai kadet terbabit juga diwajibkan membayar pampasan kepada kerajaan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung sepanjang tempoh pengajian mereka.

Pada 8 November lalu, Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi di sini.

Kes kedua pada 21 Oktober lalu pula membabitkan seorang penuntut tahun satu yang mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior. Kes itu didedahkan pada 10 November lalu.

Sebelum ini, beberapa siri insiden buli dilaporkan berlaku di UPNM termasuk kes tragis membabitkan Kes kematian kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain dengan kesan kecederaan 90 tekapan seterika wap di seluruh anggota badan termasuk kemaluan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.642787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list