CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48306|Reply: 0

[Johor] Wang pencen arwah suami RM300,000 lesap, suri rumah diperdaya 'Datuk dari Bukit Aman'

[Copy link]
Post time 11-12-2024 02:57 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Wang pencen arwah suami berjumlah RM300,000 lesap selepas suri rumah diperdaya sindiket 'phone scam' yang mendakwa dia terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan dadah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 49 tahun melaporkan kejadian itu semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.



Katanya, mangsa mendakwa kejadian bermula pada 15 November lalu apabila dihubungi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Datuk daripada cawangan risikan Bukit Aman.

"Suspek memaklumkan mangsa terbabit kes penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

"Suspek turut memaklumkan bahawa kad pengenalan mangsa berada dalam simpanan seorang daripada penjenayah yang ditahan polis," katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, suspek memberi pilihan, jika mangsa ingin membersihkan nama daripada sebarang kes jenayah, dia perlu membuat sejumlah bayaran.

"Percaya dengan kata-kata suspek, pada 21 November hingga 26 November lalu, mangsa melakukan enam transaksi ke akaun bank diberikan berjumlah keseluruhan RM300,000.

"Dalam tempoh itu, mangsa diarah melaporkan setiap pergerakan dan lokasinya kepada suspek selain diarahkan untuk melupuskan semua rekod transaksi pindahan wang, juga memadam rekod perbualan dengan suspek.

"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila melihat video berkaitan sindiket penipuan yang dikongsikan anaknya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040219 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list