CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46491|Reply: 0

[Johor] Restoran hidang sayur kailan berulat diberi notis kerana abai kebersihan

[Copy link]
Post time 11-12-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan. FOTO ARKIB NSTP

Johor Bahru: Pengusaha restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang yang didakwa terdapat ulat dalam hidangan sayur kailan sudah diberikan notis kerana gagal mematuhi aspek kebersihan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut@ahmad berkata, pihaknya memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai isu tersebut.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru sudah menjalankan siasatan di restoran berkenaan pada 3 Disember lalu.

Katanya, siasatan mendapati ia gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009, Akta Makanan 1983.

"Tiga Notis 32B mengikut PPKM 2009 dikeluarkan kepada wakil premis. Satu notis Arahan Kerja Pembersihan Premis Makanan di bawah Seksyen 10 Akta Makanan 1983 juga dikeluarkan bagi mengambil tindakan pembetulan atas teguran yang dikeluarkan oleh PKD Johor Bahru.

"JKNJ akan terus memantau dan memastikan premis makanan mematuhi PPKM 2009, Akta Makanan 1983 bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya dalam kenyatan, hari ini.

Mohtar berkata, semua pemilik premis makanan dan pengendali makanan perlu sentiasa mengamalkan kebersihan serta keselamatan makanan yang baik bagi mematuhi keperluan yang ditetapkan.

Menurutnya, orang ramai pula dinasihatkan untuk mengamalkan 'Perhati dan Pilih' dalam memilih premis makanan termasuk yang mempunyai logo Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS).

Terdahulu, tular video berdurasi seminit 50 saat di TikTok memaparkan pelanggan mempersoalkan tahap kebersihan premis itu, namun lelaki dipercayai peniaga di restoran itu menyatakan ia adalah perkara biasa.

Malah, individu terbabit juga menyatakan ulat dalam sayur kailan tidak dapat dielakkan walaupun sudah membersihkan sayur itu.


Disiarkan pada: Disember 11, 2024



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.137457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list