CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40846|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kedai kanopi 'sorok' mesin judi mudah alih digempur

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din menunjukkan mesin judi berbentuk tablet yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Baru Rasah, di sini, petang semalam. FOTO AHMAD HASBI.

Seremban: Polis merampas 243 mesin judi atas talian mudah alih dipercayai cuba diedarkan ke negeri lain dalam serbuan di sebuah kedai menjual kanopi di Kampung Baru Rasah, di sini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira 4.30 petang, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warga China berusia 30-an.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, premis berkenaan dijadikan stor penyimpanan dan ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai pembekal mesin judi.

"Dalam serbuan ini, polis merampas 243 mesin judi mudah alih berkenaan dengan nilai dianggarkan RM560,000.

"Ia dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian di mana ia dipercayai dibawa masuk ke negara ini dan stor berkenaan dijadikan tempat transit sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati semua mesin mudah alih berkenaan sudah mempunyai pembeli dari luar Negeri Sembilan dengan setiap mesin berharga antara RM2,000 hingga RM2,500.

"Seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik perniagaan dan seorang lagi adalah rakan niaganya, manakala lelaki warga China dipercayai juruteknik bagi mesin berkenaan.

"Difahamkan, pemain hanya perlu tambah nilai sejumlah wang dan diberikan satu cip kecil untuk membolehkannya dimainkan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala warga China yang tidak mempunyai permit kerja sah disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.

"Ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bermula semalam. Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis turut mengesan pembeli dari negeri lain bagi mengekang kegiatan berkenaan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041662 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list