CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40787|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Misi SAR Ahmad Zulhilmi diteruskan - PAT

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode

LANS Koperal Ahmad Zulhilmi yang masih hilang ketika selepas dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Merah, di Gerik, Perak. FOTO Zuliatu Zulkiffli.

Port Dickson: Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, Perak pada 30 November lalu.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, misi pencarian Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, 24, yang bertugas di 22 Komando dari Kem Iskandar Mersing, Johor masih diteruskan.

Menurutnya, misi SAR berkenaan dilakukan di sekitar tempat kejadian dari Sungai Merah sehingga sepanjang Sungai Perak.

"Tentera (akan) terus melaksanakan operasi pencarian dan buat masa ini kita belum berbincang untuk hentikan (operasi) walaupun ia mempunyai tempoh masa sehingga 14 hari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Mohammad berkata, pihaknya memohon diberi ruang untuk meneruskan operasi pencarian dan berharap mangsa dapat ditemukan secepat mungkin.

"Kita akan teruskan usaha ini. (sebagai contoh) pada misi mencari anggota di sempadan Sarawak dan Brunei... ia mengambil masa 19 hari, dalam kes ini baharu hari ke-12.

"Kebiasaannya misi menyelamat ini 14 hari, kita akan teruskan operasi ini sehingga komander operasi memutuskan untuk hentikan operasi, sekiranya ada petunjuk baharu, operasi diteruskan," katanya.

Pada 3 Disember lalu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira 8 pagi.

Tujuh anggota lain ditemukan selamat kira-kira 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak dijumpai di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Disember lalu oleh pasukan penyelamat.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 07:32 PM | Show all posts
Al-fatihah. Semoga dapat ditemui samada hidup/mati. Mesti keluarga sedih dan menanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.041884 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list